Tahniah buat Nidji kerana dilantik sebagai duta jenama Mister Potato. Tahniah Nidji!
Sejak ditubuhkan 10 tahun lalu, Nidji kini merupakan salah sebuah kumpulan terkemuka Indonesia yang mempunyai ramai peminat di Asia, khususnya Malaysia dan Indonesia. Nidji yang ditubuhkan di Jakarta, Indonesia dianggotai oleh 6 orang pemuda iaitu Giring, Rama, Ariel, Adrie, Andro dan Run-D.
Mister Potato selaku Rakan Snek Global Rasmi Manchester United memilih Nidji sebagai Brand Ambassador (Duta Jenama) atas status kumpulan tersebut yang cukup dikenali.
Kerjasama ini akan menyatukan dua industri, bola sepak dan muzik yang seringkali mendapat perhatian di hati peminat. Apatah lagi, Nidji akan menghasilkan album terbaru mereka untuk pasaran antarabangsa yang berjudul “Victory” di Australia pada bulan Jun atau Julai nanti ternyata mempunyai elemen-elemen yang turut dikongsi bersama Mister Potato dan Manchester United.
Dengan adanya pelbagai aktiviti dan kempen yang melibatkan Mister Potato, Manchester United dan Nidji untuk para peminat khasnya bola sepak dan muzik akan membuka lembaran baru dalam kedua-dua industri ini.
Satu majlis pelancaran dan pengumuman tentang perlantikan ini akan diadakan pada minggu hadapan.
Mmm… bila dah jadi duta Mister Potato, pastinya Nidji akan diterbangkan ke Old Trafords untuk menyaksikan perlawanan bola sepak kat sana.