New Zealand merekodkan kes jangkitan Covid-19 pertama dalam tempoh enam bulan hari ini.
Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa kesihatan New Zealdn kini bertungkus-lumus mengesan punca jangkitan. Jabatan kesihatan memaklumkan, kes itu dikenal pasti di Auckland dan barisan menteri akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tindakan selanjutnya berhubung kes jangkitan tersebut.
“Tindakan awal dapat mencegah kes jangkitan menular dengan lebih banyak dan semua penduduk dinasihatkan supaya kekal tenang dan terus patuhi protokol kesihatan.
“Jabatan kesihatan akan terus mengumpul maklumat mengenai sebarang kes,”
– Jabatan kesihatan
Mereka mengambil serius kes jangkitan tersebut kerana sekiranya tindakan awal dapat diambil, ianya mampu mencegah kes jangkitan menular dengan lebih banyak
Rakyat New Zeland telahpun dinasihatkan supaya kekal tenang dan terus patuhi protokol kesihatan.