Baru-baru ini, selebriti terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) memuat naik gambarnya menaiki bot di tengah lautan.
Namun begitu, pakaiannya pula mencuri perhatian netizen apabila wanita berusia 38 tahun itu dilihat hanya mengenakan ‘bikini’ di atas bos tersebut.
Baru-baru ini, selebriti terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari ada memuatnaik satu gambar di Instagram yang menampakkan dirinya hanya ber’bikini’ sambil menaiki sebuah bot.
Menerusi gambar tersebut, BCL meletakkan kapsyen yang dia ingin menjadi seperti lautan yang dicirikan sebagai cantik, misteri dan bebas.
Gambar tersebut walaubagaimanapun telah membuatkan netizen kurang disenang dan kasihankan arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair.
Untuk pengetahuan, Ashraf Sinclair telah meninggal dunia pada 18 Februari tahun lepas di Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.