Siti Nurhaliza berharap dengan bantuan barang keperluan yang diberikan penuh satu lori yang dihantar serba sedikit dapat membantu rakyat yang terjejas banjir sekitar Pahang.
“Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjirr.
“Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya,”
– Siti Nurhaliza
Pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video kru dan wakil sukarelawannya memasukan barang keperluan ke dalam lori.
Siti bagaimana pun agak sedih kerana tidak dapat turun padang melihat sendiri apa yang berlaku di Lipis kerana keadaaan dirinya yang kini sedang sarat hamil.
“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan.
“Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana. Moga dipermudahkan buat kita semua,”
– Siti Nurhaliza
Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu turut bersyukur apabila dalam satu entri terkini dia memuat naik rakaman video barang bantuan itu telah selamat sampai hingga ke lokasi kedua di Benta.
Siti kini sedang hamil anak kedua selepas melahirkan cahaya pertamanya Siti Aafiyah tiga tahun lalu.