Ia mula tercetus apabila netizen dapat ‘tangkap’ aksi spontan Siti Aafiyah dengan memberi satu hint semasa TokTi tengah buat live dengan mencium perut ibunya beberapa kali.
Spekulasi itu bagaimanapun telah dijawab oleh TokTi sebelum ini dengan memohon agar peminat mendoakan agar impian beliau untuk menimang cahaya mata kedua dimakbulkan.
Terkini, spekulasi mula timbul semula apabila ada netizen kongsikan satu video daripada bekas isteri Datuk Seri Datin Muhd Jiwa (Datuk K), Datin Tengku Zawyah Tengku Islam menerusi IG Storynya dalam satu sambutan hari ulangtahun.
Difahamkan pada 29 November lalu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan TokTi telah menghadiri majlis makan malam di samping menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang ahli keluarganya.
Satu video yang dimuat naik oleh bekas isteri Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, iaitu Datin Tengku Zawyah Tengku Izham telah menarik perhatian ramai warganet.
Kebetulan, pada 1 Disember ini, TokTi akan melancarkan produk terbaharu iaitu BeauSiti BEAUNEST iaitu minuman kesihatan sarang burung untuk semua peringkat umur, jadi kemungkinan besar TokTi akan dihujani dengan soalan cepumas daripada media. Budiey juga ada bertanyakan hal ini menerusi IG Story, samada adakah TokTi akan mengumumkan ‘sesuatu’ pada hari Selasa ini iaitu 1 Disember, TokTi hanya membalas IG Story tersebut dengan sepatah perkataan iaitu… NANTIKAN…
Jika betullah khabar angin ini, mungkin juga TokTi akan mengumumkan kehamilan pada hari yang lain. Kita tak pasti macamana.
Berbalik tentang respon dan reaksi netizen dengan gambar di atas ini, dengan mata tajam netizen, mereka memerhatikan setiap perincian TokTi dari hujung rambut ke hujung kaki dan mereka sedaya upaya menyakinkan TokTi memang sedang hamil.
Kebetulan juga pada tarikh ini, Siti Nurhaliza sibuk mempromosikan sebuah lagu video muzik terbaharu yang akan disiarkan di saluran Youtube beliau berjudul KUASA CINTAMU yang mana lagu ini berkisar tentang kelahiran Siti Aafiyah.
Buat Sitizoners pastinya tak sabar untuk menantikan 1 Disember, apa agaknya pengumuman yang akan dibuat oleh TokTi esok pada jam 2 petang.
Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat TokTi sekeluarga ya!