Pembantu peribadi Puteri Sarah yang dikenali sebagai Acu telah memohon maaf kepada pengikut Puteri Sarah selepas mendapat kritikan hebat dari netizen. Puteri Sarah sebelum ini dikritik kerana menggunakan vape semasa bersiaran langsung di media sosial.
Acu menjelaskan bahawa peranti vape yang digunakan oleh Puteri Sarah adalah miliknya sendiri, tetapi vape tersebut tidak mengandungi nikotin.
Acu menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk mengajar Puteri Sarah melakukan tabiat buruk hisap vape, dan memberitahu bahawa dia meminjamkan vape tersebut kepada Puteri Sarah semasa sesi berbual.
Puteri Sarah turut menyertai penjelasan Acu dan menegaskan bahawa vape yang digunakan hanya mengandungi perasa tanpa nikotin. Beliau memberitahu pengikutnya agar tidak risau kerana vape tersebut tidak mengandungi nikotin seperti yang dijual di Malaysia.
Sebelum ini, Puteri Sarah menjadi tular di media sosial kerana menggunakan vape semasa bersiaran langsung di TikTok.