in , ,

Netizen ‘Sekolahkan’ Hidayah Supaya Jangan Dedah Disihir di Sosial Media

Sebelum ini kami ada melaporkan yang selepas lebih 3 tahun pelawak, Abam Bocey meninggal dunia, balu arwah, Nor Hidayah secara tiba-tiba mendakwa dirinya dan anak Hamzah telah disihir sejak itu.

Dakwaan itu didedahkan Dayah dalam satu video di Instagram yang turut meminta bantuan semua untuk berkongsi pengamal perubatan yang terbaik buat mereka.

Terdapat netizen yang menasihati Hidayah agar tidak terlalu terbuka memberitahu dirinya terkena buatan sihir sebab risau jika dia mendedahkan musibah yang terjadi secara umum, sihir yang dihantar akan bertambah parah jika si pelaku lihat keadaan terkininya.

Cerita 1 Malaysia apa yang jadi lepas tu si pelaku tu sah-sah tambah segala benda yang dihantar. Benda macam ni patut tak perlu share, cukup sekadar siapa yang tahu. 

– netizen

Ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka yang pernah melalui fasa di sihir oleh orang lain.

Ramai mendoakan agar ibu tunggal tersebut kuat hadapi ujian ini dan tidak putus asa berdoakan kepada Allah SWT agar sentiasa dilindungi serta urusan dipermudahkan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ND LALA

Isteri ND Lala Failkan Cerai

Penampilan Terkini Yuna Rahim Undang Komen Nakal Netizen