Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video pekerja syarikat kurier J&T yang mogok serta bertindak membaling barangan pelanggan. Susulan isu tersebut, beberapa minggu lalu seorang pengguna TikTok yang juga pekerja J&T berkongsikan keadaan sekarang dimana barangan yang dihantar oleh pelanggan sudah berkurang.
Terbaru, seorang pekerja J&T memuat naik video memaparkan keadaan di pusat pengumpulan barang selepas kejadian dahulu.
Menerusi video itu, dapat dilihat barangan pelanggan dijaga dengan elok dan diletakkan dengan penuh berhemah meskipun barangan diterima dalam kuantiti yang banyak.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan cara lelaki tersebut mengasingkan barang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan cara lelaki tersebut dan memesan agar sentiasa menjaga barang pelanggan.
Selain itu, mereka juga mengakui meskipun J&T melakukan masalah dahulu namun, masih tetapi dihati kerana perkhidmatan yang laju dan pantas.
Malah, ada dikalangan netizen mengatakan meskipun sebelum ini J&T terpalit kontroversi sebelum ini namun mereka mengakui perkhidmatan kurier itu paling pantas.
Apa pun diharap keadaan akan kembali pulih seperti biasa kerana pasti ramai penghantar yang terkesan lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik ini.