Kini sedang munggu masa untuk melahirkan anak pertamanya, lebih menjadi perhatian ramai adalah kapsyen Neelofa yang memaklumkan berat badannya naik 18 kilogram.
Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji bekas pengacara MeleTOP itu tetap cantik walaupun berat badan bertambah.
“Naik 18kg pun tetap cantik. Suka Neelofa sekarang, lebih merendah diri dan sopan. Kapsyen sempoi-sempoi saja,” puji netizen.
Malah, ramai yang mengatakan Neelofa tetap comel meskipun berbadan dua dan ramai tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak pasangan itu yang masih dirahsiakan jantinanya itu.
Terdahulu, Neelofa berkata dia akan menyambut kelahiran anak pertama mereka itu dijangka pada bila-bila masa serta berharap dapat melahirkan zuriat secara normal.