in , ,

Netizen Kritik Artis Malaysia Mohon Bantuan Kerajaan

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini turut memberi kesan kepada pengiat seni tanah air. Perkara itu turut diakui oleh Tomok bahawa ‘periuk nasi’ mereka turut terjejas apabila segala aktiviti serta persembahan terpaksa ditangguhkan.

Tomok telah meluahkan di Instagram dan berpendapat artis juga sepatutnya diberikan bantuan dari kerajaan dalam situasi sebegini. Kenyataan Tomok juga mendapat sokongan beberapa rakan artis dan Black sendiri berkata lanjutan PKP hingga 14 April menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tanah air.

Bagaimanapun, perkongsian Tomok itu mengundang kritikan dan kecaman netizen yang berpendapat kerajaan perlu mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan lebih-lebih lagi peniaga-peniaga kecil yang bergantung pada gaji harian.

https://www.instagram.com/p/B-KNJRRAZuK/?utm_source=ig_web_copy_link

Malah netizen turut mengatakan artis sudah ada banyak wang dan sering mempamerkan kehidupan mewah di sosial media. Tidak kurang juga ada yang mepersoalkan kemanakah duit mereka pergi sedangkan mereka ada rumah besar dan kereta mewah.

Melalui ruangan komen, Black berkata golongan selebriti banyak membantu negara justeru berharap agar diberikan pertolongan supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Ramai pandang remeh ingat kita banyak duit, walhal kita pun kais pagi makan pagi. Tapi apa yang penting kita utamakan kepada mereka/selebriti yang lebih memerlukan.”

– Black

Bengang dirinya dituduh suka meminta bantuan, Black pula berkata cadangannya itu disalah anggap oleh netizen kerana ia disuarakan bagi pihak anak-anak seni yang berdepan dengan  kesempitan hidup akibat kehilangan kerja susulan wabak COVID-19.

“Saya nak terangkan apa yang dikatakan dalam akhbar semalam bukan untuk saya! SAYA hanya suarakan bagi pihak artis yang memerlukan. Susah kalau netizen tak baca artikel penuh dan terus menghentam.

“Ramai yang kecam saya di Instagram, ada yang kata sebelum ini saya tunjuk kemewahan, sekarang nak minta bantuan pula!

“Saya pun bukan bodoh sangat, dah tunjuk mewah, jalan sana sini di Instagram lepas itu takkan nak minta bantuan. Dalam isu ini saya hanya bawa suara mereka iaitu penggiat seni yang kesempitan hidup kerana tiada job.

– Black

Menurut Berita Harian, Black akui ada menyimpan namun situasi ini tetap menjejaskan pendapat mereka memandangkan banyak aktiviti seni telah dibatal atau ditunda.

Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan.”

“Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.”

Disebabkan itu, netizen terus mengkritik golongan artis yang berharap agar diberikan bantuan oleh kerajaan dan membandingkan mereka dengan selebriti di Korea.

Ramai artis Korea menyumbangkan duit untuk membantu menangani Covid-19 di negara mereka. Lee Min Ho sebagai contoh, telah mendermakan sebanyak 350 juta Won. Ada juga yang tidak mengenakan caj sewa rumah kepada penyewa masing-masing.

Ramai yang tidak bersetuju dengan mereka kerana rata-ratanya dilihat bergaya dengan kenderaan mewah dan bercuti ke luar negara. Mereka juga berkata, di saat sebegini seharusnya kita lebih memikirkan dan mementingkan golongan B40 atau peniaga kecil-kecilan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hunny Madu & HappyFresh Eratkan Hubungan Dengan Ibu Mentua

Aksi Tarian Zizi Kirana Dikecam, Tak Sensitif Musibah Covid-19