Selain dari segi suntingan, netizen juga mengkritik solekan kesan khas yang digunakan bagi watak opah yang dilakonkan oleh Sheila Rusly dalam drama berkenaan. Enggan menuding jari terhadap mana-mana pihak berikutan dakwaan segelintir pihak proses suntingan drama lakonannya, Bukan Gadis Biasa di tahap teruk, Ayda Jebat tampil memohon maaf kepada semua penonton.
Menyedari kritikan berkenaan, Ayda Jebat sebagai salah satu teraju utama bagi drama berkenaan memohon maaf jika ada penonton yang kurang senang dengan perkara itu. Ayda juga mengakui bahawa penonton sekarang lebih bijak menilai dan melihat kelemahan yang berlaku.
Ayda berkata, dia mengambil kelemahan itu atas kesilapannya sebagai pelakon kerana sebagai satu pasukan mereka perlu bekerjasama.
“Saya mohon maaf jika ada penonton yang kurang senang dengan perkara itu. Saya akui penonton sekarang semakin bijak dan boleh melihat sendiri kelemahan yang berlaku .
“Saya mohon jangan salahkan editor atau penyunting semata-mata kerana pada pendapat saya, semuanya harus bekerjasama,”
– Ayda Jebat
Ayda menambah agar mana-mana editor dalam drama berkenaan tidak disalahkan semata-mata kerana baginya ini adalah kerjasama semua pihak dalam menjayakan drama berkenaan.
Walaubagaimanapun, Ayda Jebat menzahirkan rasa syukur kerana di sebalik kritikan dan kecaman, drama berkenaan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penonton, masih ada yang mengambil sisi positif drama berkenaan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.
“Saya salahkan diri sendiri. Kadang-kadang, sebagai pelakon, saya terlupa menjaga konti atau kesinambungan lakonan saya.
Sekejap berdiri, sekejap duduk. Kru yang menjaga konti juga mungkin terlepas pandang.
Akhirnya, penyunting pun tak boleh nak buat apa dan mereka harus menyunting drama itu menggunakan visual sedia ada,”
– Ayda Jebat
Menurut Ayda, biarpun drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd itu terpalit beberapa isu, namun ia tetap menerima sambutan baik penonton.
“Alhamdulillah, drama bersiri ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila kekal trending setiap kali bersiaran.
Saya bersyukur kerana masih ramai penonton yang mengambil mesej positif dalam drama bersiri ini untuk dijadikan teladan dan contoh.
Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang kurang itu datang dari saya sendiri,”
– Ayda Jebat
Sebelum ini, kenyataan pengarah drama ini, Jinggo turut mendapat perhatian netizen.