in , ,

Netizen Kagum Dengan Mizz Nina Tak Buka Aib Bekas Suaminya Noh Salleh

Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai masalah rumah tangga dikalangan selebriti yang menjadi bualan di media sosiak.

Namun, ada segelintir netizen yang memuji serta mengagumi sikap Mizz Nina yang memilih untuk berdiam diri selepas bercerai dengan penyanyi, Noh Salleh.

Baru-baru ini, Mizz Nina ada memuat naik video mempromosikan satu jenama telekung di Instagram. Diruangan komen, ada netizen mengatakan Mizz Nina antara selebriti yang yang paling disegani dari segala aspek.

Netizen Kagum Dengan Mizz Nina Tak Buka Aib Bekas Suaminya Noh Salleh

Komen individu itu mendapat reaksi daripada netizen lain yang turut bersetuju serta memuji sikap Mizz Nina yang rendah diri dan berdiam diri walaupun berdepan isu rumah tangga sebelum ini.

Terdahulu, Mizz Nina dan Noh mengesahkan mereka sudah bercerai menerusi satu kenyataan di Instagram masing-masing pada 4 Ogos tahun lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYAMSUL YUSOF

Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Jumpa Isteri Kedua Ira Kazar

puteri sarah liyana syamsul

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Hadir Ke Pejabat Jawi, Ini Yang Berlaku