Rata-rata netizen tak kiralah sama ada di luar negara mahupun di Malaysia sendiri, masing-masing menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin di media sosial.
Walau bagaimanapun, kalau korang melayari ke laman Twitter, terdapat juga segelintir netizen dari Israel yang memuat naik posting berkenaan kehebatan negara mereka yang dapat memintas bom dari tentera Hamas.
Tak cukup dengan itu, mereka juga meminta simpati warganet dengan memuat naik video rakyat mereka yang dalam ketakutan berlindung dari terkena serangan bom.
“Pergi ke kedai membeli cincau…â€
Netizen Malaysia yang kurang berpuas hati dengan posting di atas telah menyerang habis-habisan di tweet terbabit dengan pelbagai komen berbahasa Melayu.
Malah tak cukup dengan itu, siap ada yang gunakan platform tersebut juga untuk berjual beli chocojar dan Netflix. Amboi korang bukan main.
Kalau korang scroll bahagian tweet tersebut, memang penuh saja-saja dengan tweet berbahasa Melayu. Tenggelam habis tweet dari Israel.
“Koyak to you tooâ€
Menyedari postingnya sudah menjadi sasaran rakyat Malaysia, pemilik Twitter bernama Ido Daniel ini kemudian menyatakan rasa tidak puas hati kerana di ‘troll’ habis-habisan oleh netizen.
Seorang netizen kemudian bertanya sama Ido sudah ‘koyak’ ke sebab terima banyak sangat komen negatif di postingnya, namun Ido kembali membalas dengan jawapan ‘koyak to you too’. Adoi!Â
Apa-apapun sehingga kini, situasi sama ada di Gaza mahupun di wilayah Israel masih lagi bergolak dengan tentera dari kedua-dua pihak berbalas serangan bom.
Marilah kita doakan semoga rakyat Palestin terus tabah dan diberikan kemenangan kelak.