Pelakon Zain Saidin berkongsi bahawa dia jatuh cinta dengan isterinya, Rozita Che Wan, ketika melihat wajah sebenarnya tanpa mekap. Menurut Zain, Che Ta sentiasa nampak cantik sama ada dengan alat solek atau tanpa.
“Dia (Che Ta) memang jelita, saya jatuh cinta waktu dia tak pakai sebarang mekap di muka,” ujar Zain dalam sebuah video di TikTok.
“Kalian sibuk nak tahu macam mana saya terpikat dengan isteri saya.
– Zain Saidin
“Betul saya jatuh cinta dengan Che Ta (Rozita) waktu dia tak pakai sebarang mekap di muka, dia memang jelita,â€
Pelakon dan pelawak Lan Pet Pet juga memberi pengakuan mengenai kecantikan Che Ta, dengan berseloroh,
“Amboi, hang Che Ta, pakai mekap pun cantik, tidak pakai mekap pun cantik. Untung Zain.”
– Lan Pet Pet
Dalam komen video tersebut, kebanyakan netizen setuju dengan pandangan Zain dan Lan, tetapi ada yang mengungkapkan keinginan untuk melihat wajah Che Ta tanpa sebarang alat solek.