Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilihat telah tampil dengan fesyen rekaan Rizman Ruzaini yang sangat elegan dan anggun menggayakan busana berwarna hitam dan putih pada acara berkenaan.
Namun, di media sosial apa yang lebih menjadi bualan ramai apabila penyanyi itu dilihat menggayakan seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta. Wow! Mahalnya!
Menerusi satu perkongsian di Twitter, berdasarkan hasil carian oleh seorang netizen Siti Nurhaliza dipercayai memakai jam berjenama Richard Mille RM1.1 juta.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji penyanyi itu tetap merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan.
Malah, ada yang mengatakan penyanyi itu sememangnya layak memakai jam berkenaan apatah lagi sudah bertahun-tahun menyanyi dan ianya hasil kerja keras beliau selama ini.