in ,

Netizen Bangga Lihat Nama Dua Anak Malaysia Dalam Post Credit SPIDER-MAN: NO WAY HOME

Ramai yang sudah pun menonton filem Marvel yang paling ditunggu-tunggu tahun ini iaitu SPIDER-MAN NO WAY HOME dan rata-rata penonton bersetuju mengatakan filem ini adalah merupakan filem Spider-Man yang terbaik pernah dihasilkan.

Sony Pictures Entertainment Malaysia menerusi satu kenyataan mengumumkan naskah tersebut telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan apabila berjaya mengutip RM 4.1 juta pada hari pembukaannya.

Dalam tempoh dua hari, mereka memaklumkan naskah ini sudah ditonton oleh hampir setengah juta rakyat Malaysia!

Spider-Man No Way Home bagged a big chunk of Malaysia’s box office on its first day with a Box Office of RM 4.1 Million, the highest collection in a single trading day since March 2020.  In just under two days, an estimated half a million Malaysians flocked to catch Spider-Man No Way Home in cinemas, which is coined as THE EVENT OF THE YEAR by fans of the franchise and general moviegoers.

– Simon Foo, Managing Director of Sony Pictures Entertainment Malaysia.
11166654 - SPIDER-MAN: NO WAY HOME

Namun topik kali ini bukanlah mengenai Spider-Man atau watak Tom Holland sebaliknya mengenai individu di belakang tabir bagi filem tersebut.

Siapa sangka dalam diam rupanya terdapat dua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan filem tersebut.

Ia mula menjadi bualan ramai selepas dikongsikan seorang pengguna Twitter, @sirennextdoor yang terlihat nama individu terlibat menerusi post credit pada filem itu.

“Saya ternampak nama ini sewaktu babak kredit dan cuba teka, dia adalah rakyat Malaysia dan masih tertera Multimedia Universiti di bio miliknya.”

“Bakal tempatan boleh ke peringkat antarabangsa, persiapkan diri anda dengan kemahiran tinggi yang diperlukan dan pergi!”

– Twittter @sirennextdoor

Dia dalam masa sama turut berkongsi tangkap layar akaun Linkedin milik individu berkenaan yang dikenali sebagai Dayang Norrafida Abang Suhaili.

Netizen Bangga Lihat Nama Dua Anak Malaysia Dalam Post Credit SPIDER-MAN: NO WAY HOME

Menerusi tangkap layar tersebut Dayang Norrafida berperanan sebagai Production Coordinator di Luma Pictures, sebuah Movie Studio yang berpangkalan di South Melbourne, Australia.

Menerusi satu carian yang dibuat di Linkedin, Dayang Norrafida yang difahamkan berasal dari Sarawak bukan sahaja terlibat dengan penghasilan filem Spider Man, sebaliknya turut bekerja belabang tabir untuk beberapa beberapa lagi filem besar seperti Godzilla vs Kong, Loki, Shang Chi and the Legend of the Ten Rings serta banyak lagi.

Selain Dayang, netizen memaklumkan terdapat seorang lagi tenaga produksi yang berasal dari Malaysia iaitu Liyana Omar.

Netizen Bangga Lihat Nama Dua Anak Malaysia Dalam Post Credit SPIDER-MAN: NO WAY HOME

Menerusi perkongsian mereka, Liyana Omar juga merupakan graduan dari MMU dan turut bertugas di Luma Pictures.

Carian itu mendapati Liyana sebelum ini pernah bertugas di beberapa produksi tempatan seperti Primeworks Studios dan Anima Vitae sebelum menyertai Luma Pictures.

Antara portfolio terbesarnya selain Spider Man : No Way Home adalah filem animasi “Lego Star Wars: The Freemaker Adventures” (2016)

Perkongsian tersebut nyata mengundang rasa bangga di kalangan netizen yang menyifatkan pencapaian mereka akan menjadi peniup semangat buat anak muda khususnya yang bekerja di dalam industri hiburan dan perfileman serta VFX.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HOMEVEST & Huawei Malaysia Menandatangani MoU Solusi Bandar Pintar & Lestari

Khodi & B-Heart

Khodi & B-Heart Salur Emosi Berat Berkisar Kepincangan Cinta Dalam TAK MAHU