in , ,

Netizan Dakwa Hubungan Mereka Hanya Gimik Marketing, Sekali Anju & Zoey Bersuara

Menafikan gosip menjalin hubungan istimewa dengan Zarina Anjoulie, pelakon dan usahawan, Zoey Rahman menjelaskan mereka sekadar berkawan baik.

“Tak dinafikan kami memang berkawan rapat sekarang. Cuma untuk ke peringkat seterusnya belum tahu lagi dengan keadaan semasa,” kata pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mengulas video berpegangan tangan dengan pelakon Zarina Anjoulie.

Video intim yang dimuat naik di Instagram Story itu seakan mengesahkan pasangan ini merancang untuk ke jenjang pelamin.

Netizan Dakwa Hubungan Mereka Hanya Gimik Marketing, Sekali Anju & Zoey Bersuara

Zoey, 36, ketika dihubungi tidak menafikan menerima banyak mesej peribadi (DM) yang bertanya kejujurannya berkawan dengan Anju.

“Mereka tanya bolehkah saya terima Anju? Maklumlah semua orang tahu dia macamana orangnya.

“Saya sebenarnya lebih suka berkawan dengan orang yang tak hipokrit berbanding orang yang bertudung tapi di belakang mengata orang lain.

“Walaupun Anju lantang, dia seorang yang jujur dan sangat baik. Orang macam ini jujur daripada mereka yang nampak baik dan bertutup tapi dibelakangnya mengata orang,”

Menurut Zoey, walaupun ramai melihat Anju dari sisi negatif, hakikat sebenarnya dia seorang yang baik dan suka menolong orang.

“Yang kita nampak di Instagram hanya sedikit tapi sebenarnya banyak lagi kebaikan dilakukan dia disebaliknya.

“Orang sekarang nilai dari kisah sebelumnya dan bukan kebaikannya. Mereka nampak yang negatif sahaja.

“Saya nafikan hubungan kami untuk bantu pemasaran produk saya kerana sebelum ini saya ada berkawan dengan seorang artis popular dan berjuta pengikut tapi saya tak mempergunakan dia pun,” katanya.

Zoey berkata, dia tidak perlukan publisiti sebegini kerana produknya Mika Series sudah sukses dan kini dijual di gedung popular Watsons dan jualan terlaris di Shopee.

“Saya kena jaga klien seperti mereka. Taraf produk saya dah lain bila dijual di dua nama besar ini. Tak perlulah cara pemasaran yang boleh menjatuhkan imej Mika Series.

“Ini bukan taktik pemasaran dan saya tak perlu pun cara yang salah untuk menjatuhkan jenama dan nama saya sendiri,” katanya.

Pengacara Gerak Geri Gasing ini mengakui dia hanyalah manusia biasa dan gagal memuaskan hati semua orang.

“Ada yang suka saya dan ada yang tidak. Alhamdulillah pada yang suka saya dan yang tak suka tak mengapalah.

“Namun saya terharu kerana ramai yang mesej ucap tahniah untuk perniagaan, karier dan hal peribadi. Kadang-kadang kita tak boleh hakimi seseorang.

“Setiap orang ada pasang surutnya. Kadangkala jadi jahat sikit dan kadangkala baik. Kita tak boleh nilai orang dan tak tahu pengakhiran kita bagaimana. Entah-entah yang jahat sekarang pengakhirannya lagi baik dari kita,” katanya penuh makna.

*Sumber: Harian Metro

Mstar Dimaki Anju Atas Sebab Ini

Zarina Anjoulie memberi amaran kepada wartawan mStar Online dalam mengeluarkan artikel mengenai dirinya terutama membabitkan hubungannya dengan Zoey Rahman.

Di Instagram, Anju berkongsi tangkap layar akaun satu hantaran di IG mStar yang memuat naik gambar artikel yang seolah-olah menuduh hubungan rapatnya dengan Zoey sebagai drama marketing.

Netizan Dakwa Hubungan Mereka Hanya Gimik Marketing, Sekali Anju & Zoey Bersuara

Di ruangan komen, Anju membidas tajuk dan kapsyen di IG dibuat admin mStar dengan menafikan bahawa netizen ada membuat kenyataan berkenaan.

Dakwa Anju, pihak berkenaan sakit hati tidak dapat menemu bualnya sehingga mereka cerita kononnya ‘netizen hidu Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie buat drama marketing, berlakon sweet’.

Netizan Dakwa Hubungan Mereka Hanya Gimik Marketing, Sekali Anju & Zoey Bersuara

“Kau jangan nak lebih-lebih. Kalau kau lebih, kau tahu apa aku akan buat. Tak bergaji aku buat kau,” katanya memberi amaran.

Di ruangan komen, ramai juga netizen mendakwa wartawan mStar sering membuat tajuk bercanggah dengan perbincangan hingga memfitnah orang lain.

Bagaimanapun, segelintir netizen tampil mendakwa memang ada netizen menyebut apa yang dinafikan Anju itu.

Namun, ada yang tidak bersetuju dengan cara wartawan menggunakan komen netizen untuk dijadikan kenyataan pada tajuk artikel.

‘Loud’ Tapi Hatinya Baik – Zoey

Spekulasi konon Zoey dan Zarina menjalin hubungan rapat timbul selepas Zoey memuat naik foto mereka di Instagram (IG).

Diusik pertanyaan ada peminat mendoakan mereka bertemu jodoh, Zoey tidak menolak jika ditakdirkan hidup berdua.

“Kalau ada jodoh panjang, mengapa tidak. Anju matang dan dia sentiasa positif,” katanya.

Zoey mengaku terlintas dalam fikiran pandangan ramai sebelum memuat naik foto bersama Zarina di IG.

“Saya tahu pengikut akan memperkatakannya. Tetapi kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Orang pun tidak boleh menghakimi apa yang mereka nampak.

“Kita tidak tahu penghujung hidup kita bagaimana. Tidak semestinya yang nampak jahat sekarang, hujung hidupnya begitu,” katanya.

Ditanya apakah entri dimuat naik gimik bagi mempromosikan produk Mika Series yang diusahakannya, Zoey menjelaskan dia tidak mempunyai kepentingan bertindak sedemikian.

“Kami tiada produk baharu yang mahu dikeluarkan. Kalau hendak kata teknik pemasaran, Mika Series sudah pun berjaya.

“Saya juga perlu menjaga hati pelanggan. Saya tidak boleh membuat teknik pemasaran murahan,” katanya yang merancang menjual snek selepas ini.

Namun, Zoey tidak menolak perhatian diraih membantu mempromosikan jenama Mika Series biarpun gosip tercetus bukan batu loncatan untuk produk lebih dikenali.

Dalam perkembangan lain, Zoey tidak dapat memulakan penggambaran dua drama berikutan penularan pandemik COVID-19.

“Produk yang ditayangkan sekarang adalah musim kedua drama Black di platform Viu,” katanya.

Zoey berpendapat artis dan selebriti tidak boleh terlalu bergantung kepada karier seni sebagai sumber rezeki.

“Kita sebagai selebriti kena jadi ikon kepada orang lain. Kita perlu ada ‘back up’ untuk menampung kehidupan. Usah terlalu berharap kepada bidang lakonan sahaja.

“Kita ada pengikut, mengapa tidak manfaatkan dengan berniaga. Usah malu memulakan bisnes kecil, semua orang bermula dari bawah. Apatah lagi, zaman sekarang, semuanya dilakukan atas talian,” katanya yang mengaku menyesal tidak berniaga sejak mula bergelar artis.

*SUMBER: BH ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaharu Animasi Berjudul WHAT IF…?

Awal Ashaari & Janna Nick Tidak Lagi Mengacara MELODI Minggu Depan?