in ,

Netflix Sedang Pertimbang Untuk Memperluaskan Penawaran Ke Permainan Video

Netflix kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan penawaran ke permainan video – sekaligus hadir dengan penawaran melangkaui kandungan video.

Dengan langkah ini, ia dijangka akan memberikan Netflix beberapa kelainan berbanding sejumlah penyedia perkhidmatan penstriman video pada hari ini. Untuk makluman, sebelum ini, Netflix sedia hadir dengan penawaran permainan Stranger Things. Memandangkan Netflix sedia mempunyai sejumlah penerbitan filem sendiri – maka ia akan membolehkan Netflix memperluaskannya dan mengubahnya dalam bentuk permainan dengan lebih mudah.

Melalui perbincangan awal, ia diperkatakan Netflix mungkin mengabungkan penawaran permainan seumpama langganan Apple Arcade – iaitu satu langganan untuk pelbagai permainan video.

Perancangan ini juga dikatakan masih pada peringkat awal – termasuk berkenaan sama ada melesenkan permainan daripada penerbit sedia ada, atau membangunkannya sendiri.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah perancangan Netflix dalam mempelbagaikan penawaran dan meneruskan dominasi mereka dalam arena kandungan.

*Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

BigPay Dipilih untuk Program eBelia & Pengguna Boleh Menuntut Kredit RM150

Facebook

Serangan Israel Ke Atas Palestin Menyebabkan Rating Facebook Jatuh Menjunam