Mendapat hampir 16 juta pelanggan baharu iaitu dua kali ganda daripada jumlah yang dijangkakan sepanjang tempoh tiga ke empat bulan belakangan ini, Netflix bagaimanapun seakan tidak gembira dengan berita tersebut. Pertumbuhan lebih daripada 22%, Netflix yang kini mempunyai 182 juta pelanggan di seluruh dunia menyaksikan pendapatan suku tahunan sebanyak USD5.77 bilion berbanding anggaran sebanyak USD5.76 bilion.
Netflix Raih Keuntungan Mendadak Sebanyak 22%
Surat yang dihantar kepada pemegang saham bagaimanapun seolah-olah menggambarkan ketidak gembiraan tersebut kerana pertumbuhan sewaktu perintah kawalan akan berubah menjadi trend ke hadapan daripada pertumbuhan organik selama bertahun-tahun (to be pull-forward from the multi-year organic growth trend) yang mana akan mengakibatkan pertumbuhan menjadi lebih lambat selepas perintah tersebut ditamatkan secara berperingkat di seluruh dunia.
Menjadi salah satu medium ‘pelarian’ untuk penduduk dunia mengisi masa lapang duduk di rumah, dalam keadaan yang tidak menentu sekarang, Netflix mengambil langkah tambahan berhati-hati termasuklah mengurangkan jumlah cubaan untuk menginovasi produk.
Menjangkakan akan menghasilkan pelbagai produk baharu antara tahun 2020 dan 2021, Netflix memberitahu kandungan untuk beberapa bulan ke hadapan masih mencukupi, namun sama seperti syarikat lain, pemberhentian operasi perkhidmatan turut menyebabkan kesan pada mereka.
Mengumumkan akan mengurangkan kualiti video di Malaysia sepanjang April seperti yang dilaksanakan di Eropah terlebih dahulu, pengurangan penggunaan jalur lebar sebanyak 25% adalah sebagai langkah mengurangkan beban ke atas infrastruktur internet negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan di Malaysia.
Sumber: The Verge