Astro sebelum ini telah mengatakan akan membolehkan pengguna mengaksesnya melalui penggunaan kotak Ultra dan juga Ulti Box. Pengguna Astro boleh lebih berjimat dan menguruskan perbelanjaan dalam satu bil dengan mudah.
Astro Malaysia kini sudah bersedia untuk memperkenalkan kepada semua ‘Pengalaman Baharu Terhebat Astro’, yang mana ia merupakan sebahagian dari perjalanan transformasi Astro untuk menawarkan hiburan terunggul buat pelanggan!
Pelancaran ini kelak bakal menjadi salah satu peristiwa bersejarah buat Astro dalam usaha memperkukuhkan kedudukannya untuk menjadi pengagregat perkhidmatan penstriman global utama di Malaysia dengan Netflix baru-baru diumumkan sebagai rakan terbaharu memeterai perjanjian bersama.
Satu majlis pelancaran akan diadakan melibatkan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith bersama Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad di mana acara ini akan memperkenalkan ‘Pengalaman Baharu Terhebat Astro’ ini menerusi satu sesi demo khas, diikuti dengan sesi soal jawab (Q&A) bersama barisan panelis.Nantikan perkembangan selanjutnya di portal Budiey.com dalam masa terdekat.
Pihak Netflix sendiri melalui laman sosial mereka telah mula mengacah kehadiran integrasi berkenaan bersama Astro.
Netflix juga ada berkongsikan beberapa gambar-gambar beberapa iklan billboard juga telah didirikan sebagai satu promo untuk integrasi usahasama ini.
Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan implementasi kedua-dua pihak ini tidak lama lagi. Nantikan!