Sehinggalah hari ini, mereka memperkenalkan rekaan baharu yang lebih segar, interaktif dan sedap mata memandang. Kemaskini ini buat masa ini hanya terhad untuk pengguna iOS sahaja dan tiada sebarang informasi jika ia akan diedarkan kepada iPad atau peranti Android.
Kemaskini ini menawarkan lima perkara utama iaitui;
Rekaan Papan Iklan Baharu
Biasanya apabila nada membuka aplikasi Netflix, paparan pertama adalah kandungan yang dicadangkan untuk ditonton berdasarkan corak penggunaan.
Paparan kandungan ini Netflix memanggilnya sebagai papan iklan dan kemaskini baharu membolehkan ia bergerak mengikut pergerakan peranti. Ia turut mempunyai kesan pencahayaan yang ringan.
Warna Cerun Pada Latar
Jika sebelum ini sentiasa berwarna hitam, kini warna latar belakang aplikasi di bahagian atas iaitu di belakang papan iklan adalah warna cerun mengikut tona warna pada kandungan yang dicadangkan. Tetapi apabila ditatal ke bawah, ia kembali menjadi hitam.
Pilihan kategori turut diubah dengan rekaan teks putih dalam bentuk bujur yang juga menggunakan garisan putih, tetapi menjadi legap apabila ditekan.