Tahun lalu Netflix akhirnya mempunyai pesaing besar dalam dunia penstriman video selepas Disney+ dilancarkan secara terhad di beberapa pasaran dunia. Pada tahun 2020 cabaran akan semakin meningkat dengan pelancaran HBO Max pula pada bulan Mei.
Pagi ini Netflix menerbitkan laporan kewangan mereka untuk suku keempat 2o19 dan buat masa ini mereka masih mampu menambah jumlah pengguna.
Sehingga penghujung 2019, mereka mempunyai 167.1 Juta pengguna berbayar dengan 8.4 juta pelanggan baharu adalah dari pasaran luar Amerika Syarikat.
Ini adalah jumlah yang lebih tinggi berbanding sasaran asal mereka iaitu 7 juta pelanggan baharu.
Untuk suku pertama 2020 pula Netflix menyasarkan untuk menambah sebanyak tujuh juta lagi pengguna.