Bagaimanapun, keadaan ini dijangka akan berubah apabila Netflix dilaporkan akan mengenakan bayaran tambahan untuk akaun yang dikongsikan.
Dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang, pelanggan Netflix di Chile, Costa Rica, dan Peru akan menerima ciri baharu yang dikenali sebagai “Add an Extra Member”.
Ini membolehkan pengguna untuk menambah sehingga dua orang individu di luar isi rumah pengguna ke dalam akaun sendiri dengan ID log masuk dan kata laluan masing-masing.
Kos tambahan tersebut akan dikenakan sebanyak CLP2380 (~RM12.50) di Chile, US$2.99 (~RM12.50) di Costa Rica, dan PEN7.90 (~RM8.88) di Peru. Bayaran tersebut merupakan penambahan dari yuran langganan yang sedia ada pengguna berkenaan.
Selain itu, pengguna-pengguna (member) di dalam akaun berkenaan juga boleh memindahkan profil-profil yang berkongsikan akaun tersebut ke akaun baharu atau sub-akaun Extra Member. Ini bagi memastikan sejarah tontonan, My List dan cadangan kandungan untuk ditonton profil berkenaan kekal sama.
Sama ada Netflix akan memperkenalkan fungsi ini kerana pasaran lain termasuk Malaysia bergantung kepada sebanyak mana pengguna baharu yang dapat diperolehinya dari pengujian ini.
Pihak Netflix tidak menyatakan bagaimana pelaksanaan langkah ini dapat mengekang pengguna dari berkongsikan ID log masuk dan kata laluan dengan kenalan masing-masing. Tahun lalu, Netflix menguji ciri pemverifikasian akaun dan setakat ini ciri tersebut masih lagi belum diperkenalkan secara meluas kepada pengguna-pengguna globalnya.