Bangun setiap pagi tak sah kalau tak minum kopi. Itulah, Budiey rasa dah jadi rutin harian wajib pekena minum kopi dulu sebelum memulakan hari supaya minda dan badan akan rasa segar. Apabila rasa fizikal jadi fresh, minda pun akan bergerak lancar. Senang dan lancar sekali buat kerja. Betul tak?
Tambahan pula sekarang ini, kat rumah Budiey dah ada NESCAFÉ Dolce Gusto terbaharu. Budiey sangat suka dengan reka bentuknya yang sangat mewah dan elegan sekali. Sekali tengok macam gajet yang digunakan dalam filem Star Wars pulak. Hehe. Memang design dia sangat futuristik.
Kepada korang yang belum tahu tentang NESCAFÉ® Dolce Gusto® ia adalah sebuah mesin pembuat kopi yang hebat dan bergaya dengan pilihan minuman ala kafe yang lazat. Boleh layari la untuk mendapatkan info lanjut: www.dolce-gusto.com.my
Apa yang Budiey suka dengan NESCAFÉ® Dolce Gusto® ialah kita dapat mencipta resepi sendiri untuk buat kopi kegemaran kita. Budiey suka dengan Green Tea Latte. Memang sedap sangat.
Jadi, dengan Green Tea Latte, Budiey telah mencipta satu resepi sendiri mengikut kegemaran dan kesukaan Budiey la dengan menamakan resepi ini Green Tea White Chocolate.
Bahan-Bahan:
Nescafe Dolce Gusto
Green Tea Latte Capsule
1 Tbspoon chopped white chocolate
1 tspoon Dark Chocolate Swirl
1 Cinnamon Stick
Cara-caranya:
Mudah je. Ambil satu gelas air 6 oz anda boleh sediakan bersama Green Tea dan juga kapsul susu.
Campurkan dalam coklat putih bersama satu teaspoon.
Taburkan dark chocolate dan white chocolate di permukaan.
Akhir sekali, hiaskan dengan saucer dan cinnamon stick.
Tadddaaaaaaa!
Sebenarnya, anda juga boleh buat resepi sendiri. Bebas la nak buat macamana. Macam-macam gaya dan style boleh buat. Ikut kreativiti sendiri. Kalau tanya kepada Budiey yang gemar dengan coklat, Budiey akan tambah sedikit coklat dan juga Budiey taburkan sedikit cebisan biskut untuk menjadi rasa lebih sebati dan lain dari yang lain. Korang boleh cuba juga.
Nak lagi sedap, anda boleh tambah beberapa cinnamon sticks untuk lebih kick dalam kopi anda tu ya. Atau tambahkan sedikit kayu manis, karamel atau rum ke dalam minuman NESCAFE Dolce Gusto sebagai hidangan istimewa.
Untuk lebih jelas, bolehlah follow Instagram @dolcegustomalaysia
Kat dalam IG ni, ada macam-macam cadangan dan juga idea macamana nak menjadikan kopi anda bertambah sedap, bertambah selera dan bertambah enak.
Lagi pun, sekarang ini ada promosi untuk korang semua yang mahu memiliki produk ini. Ada potongan harga sebanyak 30% bagi mesin Genio dengan pembelian 3 kotak capsule NESCAFÉ® Dolce Gusto®. Promosi sah sehingga 8 Jun 2016.
Eloklah tu jika korang nak dapatkan NESCAFÉ® Dolce Gusto® sebab bulan puasa pun dah nak dekatkan. Juga sesuai untuk menjadikan pembuat kopi ala cafe yang lazat sebagai hadiah untuk hari raya nanti untuk orang tersayang.
Budiey nak sarankan kepada korang semua untuk melayari http://bit.ly/BudieyxNDG untuk mendapatkan promosi ini ya. Kena cepat la bertindak sebab promosi ini hanya untuk bulan Mei sahaja.
Dengan ada NESCAFÉ® Dolce Gusto® ni, Budiey dah boleh membancuh minuman ala kafe yang bermutu dalam masa kurang seminit je dengan beberapa langkah mudah sahaja.
Kepada anda pencinta kopi dan para peminat kopi… sekarang anda boleh menyegarkan suasana pagi dengan menikmati secawan kopi yang hebat di rumah atau pejabat mereka.
Layari info lanjut di: www.dolce-gusto.com.my