in , ,

Neonate & SVG Worldwide Berkolaborasi Anjurkan Acara Street Glare 2023 

Street Glare 2023 telah diadakan sebagai salah satu acara sampingan untuk mempromosikan kolaborasi pertama dan pertunjukan sulung Neonate X SVG Worldwide yang bakal berlangsung pada 20 Ogos 2023 di Litar Antarabangsa Sepang yang merupakan acara ‘off-schedule’ sempena KLFW2023

Di bawah bimbingan jurugambar tersohor, Abeden, lebih daripada 100 jurugambar, videografer dan pereka kandungan atau ‘content creator’ telah menghadiri acara pada Ahad lepas untuk sesi bergambar dibarisi 77 orang model berbakat baru yang akan beraksi di pertunjukan Neonate X SVG.

Peminat-peminat kedua-dua jenama serta penggiat-penggiat industri telah mula menumpukan perhatian kepada dua jenama streetwear terkemuka Malaysia sejak pengumuman tentang kolaborasi istimewa mereka yang bakal menggemparkan industri fesyen tempatan.

STREETGLARE3

Debaran semakin terasa apabila kedua-dua jenama mengumumkan pula bahawa hasil kolaborasi mereka bakal ditampilkan sebagai meraikan acara fesyen paling terkemuka di Malaysia, Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23) yang berlangsung  bulan ini. Dikenali sebagai ‘Race Day’, pertunjukan Neonate X SVG ini akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 20 Ogos 2023, sehari sebelum jadual rasmi KLFW23 mula mengambil tempat pada 21 Ogos 2023.

Neonate dan SVG telah memulakan kempen mereka pada bulan Jun 2023. “Panggilan terbuka bertujuan mencari model baru telah menarik bilangan peserta yang mengagumkan. Lebih daripada 700 muka-muka baru dari seluruh negara hadir ke sesi 2 hari panggilan terbuka kami. Daripada bilangan ini , kami telah menyenarai pendek 77 bakat baru yang kami anggap pilihan terbaik untuk mewakili kedua-dua jenama dan koleksi kami yang akan datang” ulas Karl Shafek, Pengasas dan Pengarah Kreatif Neonate Clothing Company.

Menyuarakan sentimen yang sama, Ashraf Anuar, Pengasas SVG Worldwide, antara jenama streetwear Malaysia yang paling popular masa kini turut menambah, “Pada bulan Julai, model-model terpilih telah menghadiri Kem Latihan Model kelolaan Tinie, model terkemuka Malaysia yang mempunyai pengalaman luas bekerja dengan pereka tempatan dan antarabangsa. Ia merupakan kursus yang benar-benar intensif dengan jadual yang padat dengan masa yang amat terhad, justeru memerlukan komitmen penuh daripada model-model yang terlibat.”

MODELCAMP1

Diadakan pada hari Ahad (7 Ogos 2023) di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, Street Glare merupakan perhimpunan fotografer jalanan yang dianjurkan kali pertama tahun lepas oleh Neonate. Tahun ini, Neonate dan SVG telah bergabung tenaga untuk membawa kembali program ini di bawah tunjuk ajar Hishamudin Hashim atau Abeden, seorang jurugambar yang disegani.

Tampil bersama pasukannya (TKDNXV), ternyata Abeden telah berjaya membawa program ini ke tahap yang lebih tinggi. Acara ini menyaksikan kehadiran lebih daripada 100 jurugambar, juruvideo dan pereka konten yang berpeluang mempelajari asas fotografi jalanan daripada Abeden serta menggunakan 77 orang model pilihan Neonate dan SVG sebagai subjek mereka.

Pengalaman dari acara Street Glare ini tentunya juga amat berharga kepada model-model yang terlibat kerana mereka dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kem Latihan Model dalam situasi sebenar. 

STREETGLARE1

Di samping itu, Karl menyatakan, “Motormaniac, sebagai rakan kerjasama kempen ini, telah menyediakan beberapa kereta pameran mereka untuk sesi penggambaran, termasuk Nissan GTR R35 ‘Godzilla’ dan Nissan GTR R34 yang cukup bergaya. Proton merupakan satu lagi rakan kerjasama yang kami hormati, dan penglibatan Proton memang menyerlah. Acara Street Glare diakhiri dengan gambar secara berkumpulan yang mantap bersama Proton X50 yang amat menarik. Neonate dan SVG juga berterima kasih dan ingin memberi penghargaan kepada Komono Malaysia dan Converse Malaysia atas sokongan mereka dalam menaja aksesori, seperti cermin mata hitam, jam tangan, dan kasut yang dipakai oleh model-model untuk melengkapi gaya peribadi mereka semasa penggambaran”. Acara-acara pengaktifan kempen kerjasama di antara Neonate dan SVD ini disokong oleh KLFW. Rakan-rakan kerjasama kempen pengaktifan Neonate X SVG lain ialah Litar Antarabangsa Sepang, De’Xandra Perfume, AirAsia, Royale Chulan Hotels & Resorts, Motormaniac, Bateriku, Prestige Medispa Malaysia, JCPR, Converse, Komono, Hausboom, MZone Studio dan Majalah Remaja.

MODELCAMP4_KARL AND ASHRAF

Bagi Ashraf Anuar, perasaan terujanya diseimbangi dengan rasa bersyukur kerana dapat melalui pelbagai pengalaman baru yang amat berfaedah tentang industri fesyen. “Ini merupakan penglibatan pertama SVG dengan KLFW yang secara literalnya merupakan acara fesyen terbesar di negara ini dan dikenali sebagai salah satu yang terbaik di rantau Asia. Walaupun penglibatan kami di luar jadual rasmi mereka, namun segala usaha serta kerja keras kami untuk menjayakan kolaborasi ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian peminat-peminat KLFW kepada SVG. Ini amat bermakna kerana kami masih baru di dalam industri ini. Bagi kami, acara-acara sokongan yang kami anjurkan untuk mempromosikan kolaborasi ini benar-benar menggambarkan semangat streetwear yang sebenar menerusi gabungan fesyen dan komuniti. Kami berbangga dan kami tidak sabar untuk mempamerkan koleksi yang telah kami ilhamkan dan hasilkan khas menerusi kolaborasi Neonate X SVG ini.”

Koleksi RACE DAY oleh Neonate X SVG akan dipersembahkan khas buat kali pertama pada 20 Ogos 2023 di Litar Antarabangsa Sepang. Untuk memastikan tetamu terhibur sebelum pertunjukan utama bermula, sebuah Karnival Mini turut diadakan di lapangan SIC pada hari acara.

Ikuti perkembangan serta pengumuman terkini mereka di media sosial melalui @neonate.company dan @svgwrldwide. Anda juga berpeluang untuk memperoleh jemputan menonton pertunjukan fesyen RACE DAY jadi nantikan pengumuman yang bakal dibuat tidak lama lagi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lama Menyepi dari Industri Seni, Rupanya Fatiya Latiff Kini Bergelar Peguam

Festival Fotografi Exposure+ Photo Bermula Pada 21 September Hingga 1 Oktober