in , ,

Nenek Neelofa Tak Pernah Tinggal Baca Al-Quran Walaupun Sakit

Nenek kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof, 77 tahun berkata dia tetap membaca al-Quran meskipun berada dalam keadaan sakit.

Memetik Sinar Harian, Bibi Khoteja berkata lagi, dia pernah menjalani pembedahan sebelum ini namun dia tetap istiqamah membaca Al-Quran yang juga merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.

NENEK NEELOFA

“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran. Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,”

– Bibi Khoteja

Dalam pada itu, Bibi Khoteja berkata dia turut menjemput guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak baik.

“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,”

– Bibi Khoteja

Berkongsikan mengenai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0, Bibi Khoteja menyigatkan acara itu amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat seluruh negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mizz Nina Terima Anugerah Maulidur Rasul, Ikon Aktivis Kemanusiaan

Senarai Program Menarik Sempena Maulidur Rasul di TV ALHIJRAH