Perkongsian info dalam travelog dengan tajuk “Blog Asean” yang dipilih disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) antara yang patut anda beri perhatian dalam menyenaraikan lokasi pilihan percutian. Dilengkapi dengan info bangunan bersejarah mahu pun kemudahan mendapatkan makanan istimewa setempat, 13 program ini menemui anda mulai 15 September ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 1.30 petang menerusi saluran TV1.
Program penjelajahan hos ke lokasi-lokasi di rantau ASEAN untuk mencari kesan-kesan peninggalan sejarah serta meninjau warisan kebudayaan di negara ini bermula dengan negara Indonesia. Hos menuju ke Kota Lama Semarang, Indonesia. Antara lokasi-lokasi yang dijelajahi ialah Padang Rani, Shan Bao Gong, dan Masjid Agung. Masjid Agung Al-Falah merupakan masjid terbesar dan bangunan ini dibangun pada tahun 1971.
Destinasi seterusnya yang dikunjungi oleh hos Iedil Putra ialah Solo, Indonesia. Tempat menarik dilawati oleh hos ialah Keraton Surakarta Hadiningrat, Batik Omah Laweyan Solo, Alunalun Kota Madiun, Masjid Besar Kuno dan Gunung Kendil. Iedil diberi peluang untuk melawat kilang pembuatan kain batik dan dia juga turut cuba melakukan proses mewarna kain batik.
Masih di Indonesia iaitu di Kota Malang dimana Iedil menikmati masakan yang sedap di gerai “Sekol Duck”. Lokasi dikunjungi oleh Iedil Gunung Banyak iaitu sebuah dataran tinggi yang berada di Songgokerto, Batu Jawa Timur yang memiliki ketinggian sekitar 1.315 meter. Udara tempat ini amat nyaman dan pemandangan yang indah.
Pernahkah anda mengetahui tentang Mee Gajah? Terletak lokasi kedainya di Mada, Indonesia, Iedil berkongsi rasa dan pengalaman mencuba menu ini dengan penonton. Hos juga menjelajahi Candi Pari dan Candi Sumur yang merupakan candi-candi Buddha. Selain itu, paparan lokasi-lokasi “Sidoarjo Mud Flow” dan Kampung Batik Jetis turut dihuraikan.
Hos Iedil Putra, turut mengunjungi negara Vietnam selepas beliau mengembara ke negara Indonesia. Beliau berkunjung ke “Ho May Park” bersama-sama dengan pemandu pelancong bernama Mansor. “Ho May Park” ialah sebuah “theme park” di atas bukit, pelancong boleh sampai ke sana dengan “cablecar”. Tempat ini mempunyai tasik buatan, bot, candi-candi Buddha dan lain-lain lagi. Mansor juga memperkenalkan Kopi Vietnam kepada hos dan mereka menikmati Kopi Vietnam bersama-sama.
Seterusnya dia mengembara ke Van Mieu Tran Bien, Vietnam Selatan. Van Mieu Tran Bien adalah kuil “Confucian” yang terletak di Biên Hòa, iaitu ibu kota Provinsi Chiang Nai, Vietnam. Candi ini mula dibina pada tahun 1715. Seterusnya, hos juga membeli-belah di pasar malam Bien Hoa. Kampung Tan Van ialah sebuah kilang pembuatan tembikar. Tempat terakhir dikunjungi oleh hos ialah “Bu’u Phong Temple” yang merupakan kuil sami wanita.
Episod tujuh saksikan lokasi kembara menarik Iedil menjelajah ke negara Kemboja. Antara lokasi yang dilawati ialah Angkor Wat, Kampung Sieng Mai, “Cambodian Cultural Village”, Artisan Angkor, “Pub Street” dan “Angkor Night Market”. “Cambodian Cultural Village” adalah “theme park” dan muzium di Siem Reap, Kemboja. Tempat ini dibina pada tahun 2001 dan dibuka kepada orang ramai pada 24 September 2003. Terdapat pelbagai jenis cenderahati, barangan, pakaian, beg tangan dan lain-lain lagi dapat dicari di “Pub Street” dan “Angkor Night Market”.
Berikutnya perjalanan beliau masih berada di sekitar negara Kemboja. Lokasi yang menjadi pilihan ialah Battambang, Phnom Banan, Phare Ponleu Selpak, Romecheik 5 Art Space dan Kampung Norea Krom. Iedil juga menonton persembahan yang menarik di “Circus, Kemboja”.
Negara baru akan dipaparkan dalam episod seterusnya iaitu negara Thailand. Iedil menuju ke Sempadan Poi Pet (Aranyaprathet). Lokasi-lokasi yang dikunjungi ialah “Friendship Border Market”, “Muang Aranyaprathet Municipal Public Park”, Wat Luang Arang dan Masjid Watanakong. Wat Luang Arang ialah kuil buddha yang berlokasi di Aranyaprathet.
Destinasi yang seterusnya dalam episod ini ialah Pattaya, Thailand. Iedil melawati Wat Phra Yai, Kuil Besar Buddha. Tempat seterusnya ialah “Pattaya Floating Market”, iaitu sebuah pasar yang penuh dengan kraftangan & hasil tradisional Thailand dan dijual dari kedai-kedai perahu serta di tepi pantai. Tempat terakhir ialah “Art In Paradise Pattaya” yang merupakan muzium yang unik dengan diorama, dinosaur, safari 3-D serta pemandangan bertema laut dan pameran lain.
Lokasi-lokasi lain yang dijelajahi oleh hos dalam episod ini ialah “Sanctuary of Truth”, “Max Gym”, “Kuang Si Waterfall”, dan “Ock Pop Tok Living Craft Centre”. Iedil diberi peluang untuk menjalani latihan Muay Thai di “Max Gym”. Muay Thai ataupun Tinju Thai adalah sukan bertempuran antara dua orang peninju.
Dalam episod ini, hos mengembara ke negara Laos. Terdapat banyak tempat-tempat pelancongan dihuraikan di sini. Antara lokasi-lokasi yang terkenal dan menarik adalah Luang Prabang, “Traditional Storytelling Theatre”, “Uxo Lao Visitors Centre”, Wat Xieng Thong, Sungai Mekong dan lain-lain lagi.
Episod yang terakhir Iedil mengimbas kembali tempat-tempat yang dilawati dan dijelajahi dalam 12 episod sebelum ini. Kesimpulannya, Iedil berjaya mendapatkan pengalaman pengembaraan yang amat sukar dilupakan.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.