Dilaporkan oleh Rnggt, TheNoor Pay kini sedang menantikan pengesahan pihak Bank Negara Malaysia untuk operasi kewangan terlebih dahulu. Selepas pengesahan, TheNoor Pay akan menawarkan kemudahan untuk pembelian secara atas-talian, selain pembelian di kedai fizikal.
Di samping itu, dompet digital ini juga akan memudahkan pengguna melakukan pembayaran zakat, tabarru’, dan wasiat secara terus pada TheNoor.
Membezakan ia dengan beberapa dompet digital lain adalah dimana TheNoor Pay akan turut menawarkan kemudahan untuk pengguna mendapatkan kad fizikal – sekaligus menggunakannya dalam pembayaran secara luar-talian di kedai fizikal tanpa perlu mengimbas kod QR, atau untuk digunakan di luar negara kelak.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pelancaran TheNoor Pay ini. Aplikasi TheNoor ditawarkan untuk pengguna iPhone buat masa ini, dan bakal menyusul untuk pengguna Android.