Menerusi sebuah posting di Instagram, netizen mendakwa sosok tubuh Neelofa kelihatan ketara berbeza daripada sebelum ini. Ujar netizen, ‘baby bump’ Neelofa juga semakin terlihat ‘besar’ dan teka-teki mengenai status kehamilannya mungkin bakal terjawab tidak lama lagi. Pada masa yang sama, netizen turut memerhati cara pemakaian Neelofa yang lebih selesa memilih jubah sejak belakangan ini.

Meskipun tuan empunya badan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status kehamilannya, rata-rata netizen khususnya para peminat tetap mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan suaminya.