Menerusi Insta Stories, Neelofa dilihat memuatnaik tangkap layar keratan artikel milik sebuah portal tersebut serta meminta pihak terlibat agar tidak menjadi pencetus yang mengundang kecaman orang ramai terhadap dirinya.
“Jangan lah trigger untuk dikecam. Bila orang share benda baik, tapi tetap nak cari jugak jalan supaya dikeji dicaci dimaki. Metro & Utusan boleh buat tajuk baik-baik, sebab artikel pun ceritanya baik saja. Jadi kenapa yang lain tak boleh ikut sama?
– Neelofa
Tambahnya lagi, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini turut bertanya kepada pihak portal berkenaan adakah masih belum cukup melihat dirinya dikecam selama ini.
“Dah dah la nak trigger orang untuk keji maki saya sekeluarga. Tak cukup lagi ke selama ni tengok saya dikecam?
– Neelofa