in , ,

Neelofa Ramal Lagu HASRAT dari Amir Jahari Akan Menang Juara AJL38

Ramalan dan tekaan Neelofa biasanya mengena dan tepat. Sehingga beliau dikenali sebagai Mak Nujum AJL di kalangan pengikut Anugerah Juara Lagu.

Tak sah kalau kita tak dengar ramalan dari Neelofa. Sebab biasanya kalau kita lihat ramalan dan tekaan Neelofa biasanya ada yang betul dan tepat. Seperti tahun yang sudah sebelum ini, Neelofa akan tampil dengan ramalan bersempena dengan penganjuran Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) yang bakal berlangsung pada malam ini. 

Bagi edisi kali ini, Neelofa meletakkan harapan tinggi lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari bakal bergelar juara.

“Ramalan saya AJL38 yang berpotensi akan menang adalah Hasrat. Sedikit bias sebab saya menonton dan suka filem itu (Imaginur)”

– Neelofa

Bagaimanapun katanya, pilihan tersebut pilihan peribadi kerana dia sendiri menyukai filem Imaginur yang menjadikan karya tersebut sebagai lagu runut bunyi (OST).

Neelofa menulis perkara tersebut di laman Twitter X miliknya pada pagi Ahad.

Dalam masa sama dia juga meramalkan lagu Astana nyanyian Ernie Zakri sebagai salah satu calon juara lain.

Ramalan Neelofa tentang pemenang AJL sememangnya menjadi bualan ramai dan sentiasa dinantikan setiap tahun kerana selalunya setiap pilihan yang dibuat adalah tepat.

Sebelum ini Neelofa pada awalnya memberitahu enggan lagi membuat ramalan dan berseloroh dia sudah ‘bersara’.

Bagaimanapun atas permintaan ramai peminat, dia sekali lagi memilih untuk sama-sama memeriahkan malam kegemilangan AJL38.

Untuk rekod Hasrat merupakan lagu ciptaan Amir Jahari sepenuhnya. Manakala Astana pula dihasilkan bersama oleh Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri dan Syamel.

Selain dua karya ini lagu yang turut bertanding adalah Sutera (Aisha Retno), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Bintang (Hael Husaini), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul) dan Santai (Naqiu).

Lagu-lagu lain termasuk Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).

AJL38 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9 malam ini. Saksikan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ali Puteh Selesai Bayar Hutang Hidayah, Kongsi 27 Keping Resit Bayaran

SHILA VANESSA AJL38

Shila Amzah & Vaneesa Renauld Buka Tirai AJL38 Bersama Pemuzik Wanita