in

Neelofa Pasang Kamera CCTV Takut Sendiri di USA

Umum dah tahu, Neelofa akan terbang ke Amerika Syarikat pada 27 Disember ini untuk mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi New York (NYFA). Neelofa dikhabarkan agak takut tinggal berseorangan di Amerika Syarikat. Tapi nak tak nak, demi menimba ilmu lakonannya di Los Angeles, Neelofa beranikan diri walaupun sebelum ini dia tidak pernah tinggal berseorangan di rumah. Mulai Januari depan aktres jelita Neelofa, 24, terpaksa membiasakan diri tinggal berseorangan dan jauh daripada keluarga sepanjang mengikuti pengajiannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Neelofa

Disebabkan dia tidak ditemani oleh sesiapa, Neelofa mendedahkan dia telah membeli sebuah kamera ala kamera litar tertutup (CCTV). Ini kerana akui heroin filem Azura ini, dia tidak berani kalau bersendirian di rumah sepanjang tinggal di sana nanti.

“Saya ni takut kalau tinggal seorang diri. Kalau kat rumah, memang saya tak biasa tinggal seorang diri. Tapi itulah… saya kenalah biasakan juga. Sebenarnya saya takut hantu”, katanya sambil tergelak dan kemudian menyambung,

“Apa yang saya buat, saya dah siap beli kamera. Kamera tu macam ala kamera CCTV dan boleh di sambung pada telefon bimbit. Kat sana kalau malam, di sini siang, kan. Jadi kalau waktu saya tidur nanti, famili saya akan pantau saya menerusi telefon. Saya takut lah kalau ada apa-apa berlaku kan masa saya sedang tidur.”

Begitupun pengacara program MeLetop ini teruja untuk memulakan pembelajarannya di sana. Sekaligus dia berharap sekembalinya nanti ke tanah air pada awal Februari nanti, dia dapat menyumbang sesuatu menerusi karier lakonanya.

“Dalam seminggu saya kelas sebanyak 35 jam. Saya teruja tak sabar nak mulakan kelas di sana. Tambahan saya dah diberi sedikit gambaran oleh pihak akademi tentang bagaimana suasana pembelajaran di sana nanti. Saya rasa tak ada masalah dan harap semua berjalan lancar. Saya harap bila balik nanti dapat lah bawa balik ilmu berguna dan dapat pertingkatkan mutu lakonan saya. Saya juga ada bertanya serba sedikit kepada Diana Danielle tentang keadaan di sanakerana dia pernah belajar di akademi tersebut.”

Semoga Neelofa selamat semasa berada di sana dan berjaya membawa pulang ilmu lakonan dan kita pun nak tengok lakonan Neelofa lebih mantap pada masa akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suami Nooraida Nekad Rayu Teruskan Kes

Filem Hebat Rai Sambutan Tahun Baru 2014