[dropcap]S[/dropcap]ejak bergandingan dalam filem Lemak Kampung Santan kini sudah dua tahun berlegar gosip yang mengatakan kononnya Neelofa dan Hans Isaac bercinta. Mungkin ada yang dah muak dengan khabar angin tersebut ataupun masih ada yang setia mengikuti perkembangan hubungan mereka.
Bagi tuan empunya diri, Neelofa, dia sama sekali tidak merasakan gosip yang timbul semata-mata gimik bagi melariskan filem arahan Hans itu. Tetapi penafian itu tidaklah bermakna hubungan rapat mereka kini sudah melangkah ke satu tahap yang betul-betul serius (bercinta) pula.
Bagaimanapun aktres yang mesra di sapa Lofa ini menyifatkan ia adalah sesuatu yang tidak di rancang malah dia tidak melihat gosip mereka dapat membantu mempromosikan filem keempat lakonannya itu.
“Kalau gimik, tak kan lah sampi dua tahun benda (gosip) ni berterusan. Ia tanpa dirancang lah. Kalau pun ianya untuk promosi filem, rasanya tidak. Sebab kalau dulu masa filem Azura timbul gosip saya dengan Shah Jazle, tapi nampaknya tak membantu pun filem lakonan kami”,
Neelofa juga mengakui sudah biasa dengan gosip kerana sering dikaitkan dengan cerita-cerita ‘panas’ sejak hari pertama lagi dia menjejakkan kaki ke dalam industri.
Neelofa ditemui pada pelancaran filem Lemak Kampung Santan, bertempat di Saloma Bistro, semalam.
Berniaga Nasi Lemak
[dropcap]P[/dropcap]un begitu, Neelofa berkata Lemak Kampung Santan mempunyai kekuatan tersendiri dari segi jalan cerita yang menggabungkan elemen komedi, cinta dan misteri. Dalam filem yang turut dibintangi oleh Hans itu, Neelofa menghidupkan watak Tiqa, seorang gadis kampung yang menjual nasi Lemak di kampungnya, Kampung Santan.
“Mungkin ada sesetengah pihak berpendapat saya tak sesuai dengan watak gadis kampung sebab mungkin penampilan saya yang agak urban dari segi pemakaian. Tapi bagi pengarah yang pernah saya bekerja dengan mereka, seperti abang Osman dan abang Aziz, mereka kata wajah saya sesuai untuk watak gadis kampung dan gadis urban, cuma perlu tahu gayanya lah dan bergantung juga pada cerita yang saya lakonkan.
“Bagi watak Tiqa dalam filem ni, dari segi potrey gadis kampung tiada masalah sebab saya dilahirkan dan membesar di kampung sehingga tingkatan satu. Jadi dalaman tu memang dah ada jiwa kampung. Tapi cerita ni tidaklah menampakkan saya terlalu kampung. dan Dalam cerita ni pun babak bercinta dengan Ridzuan (Hans) tidaklah deep sangat. Cuma cabarannya, saya kena bawa motor. Sebelum ni saya tak pernah bawa motor, jadi saya kena belajar bawa moto”, katanya.
Selain itu, Neelofa turun mengakui dari ke hari dia merasakan banyak peningkatan dari segi mutu lakonannya. Disamping bimbingan pengarah, dia turut berkata, persekitaran di set juga sedikit sebanyak mempengaruhinya untuk memberikan hasil kerja yang baik.
“Masa penggambaran filem ni saya baru 11 bulan dalam industri. Banyak saya dapat saya pelajari pengalaman baru berbanding dengan filem lakonan yang sebelumnya iaitu Azura. Semestinya saya mahu diri saya nampak lebih bagus dari sebelumnya.
“Saya juga tidak nafikan, persekitaran set juga tanpa disedari membantu kami para pelakon untuk diliver yang terbaik. Hans memang ‘mempermaisurikan’ para pelakonnya. Dia sediakan kelengkapan dan keperluan secukupnya. Saya selesa di set dan sampai sekarang pun kami para pelakon masih terkenang saat kami bekerja bersama-sama”, katanya.
Selain Neelofa dan Hans Isaac sebagai teraju utama, antara barisan pelakon handalan lain yang turut menjayakan Lemak Kampung Santan ialah Harun Salim Bachik, Natasha Hudson, Awie, Khir Rahman dan ramai lagi. Filem tersebut dijangka ditayangkan selewat-lewatnya ketika musim sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. – Malaysian Digest