Melalui perkongsian di media sosial, Neelofa merayu orang ramai yang prihatin dengan nasib mangsa banjir menghulurkan sumbangan dengan melayari www.kasihneelofa.org.
Selain itu, Neelofa meminta mangsa banjir dapat memberi maklumat termasuk rakaman video dan gambar agar bantuan boleh dihantar kepada mereka.
“Saya akan semak mesej langsung yang diterima dan cuba usahakan kutipan melalui sumbangan dihulur orang ramai.
“Kami akan cuba beri bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan,” katanya melalui Instagram Story.