Kemudian, selepas itu timbul berita yang tular apabila Neelofa dilihat telah memakai semula sebentuk cincin di jari manisnya yang dipercayai adalah sebentuk cincin merisik pemberian keluarga PU Riz. Sekaligus membuktikan hubungan cinta Neelofa dan PU Riz dalam keadaan yang baik.
Difahamkan, Neelofa dan Pu Riz juga saling Like di posting foto masing-masing. Malah, Neelofa juga kelihatan telah membantu PU Riz dengan mempromosikan buku Kaya Jiwa hasil tulisan PU Riz sendiri di IG Story, pada baru-baru ini.
Hubungan Semakin Pulih
Dan…terkini, spekulasi hubungan Neelofa dengan PU Riz yang dikatakan sudah putus telah pun terjawab. Neelofa telah pun mengesahkan hubungan dengan tunangnya itu masih baik dan positif.
Dalam satu temubual semasa sidang media virtual sempena pelancaran aplikasi gaya hidup Islam, The Noor, Neelofa telah menjelaskan kontroversi hubungan dengan Riz yang dikatakan bergolak pada bulan lepas, hanya salah faham serta ada cerita yang tidak berasas yang timbul sehingga memburukkan lagi keadaan dan hubungan mereka.
“Alhamdulillah hubungan kami berdua baik-baik sahaja. Apa yang terjadi baru-baru ini, disebabkan banyak salah faham serta cerita-cerita yang tidak berasas hingga memburukkan lagi keadaan. Namun hakikatnya hubungan kami okay.
“Tapi syukur kami berdua berjaya menyelesaikan masalah dan cabaran yang timbul dengan berkat bantuan keluarga. Selain itu, kami juga banyak berbincang dan berkomunikasi untuk menyelesaikan salah faham yang terjadi. Alhamdulillah hubungan kami semakin baik dan positif,”
– Neelofa
Asam Garam Dunia Percintaan
Neelofa menganggap cabaran dilalui dalam tempoh ikatan itu adalah perkara biasa dalam mana-mana perhubungan.
“Tipulah dalam setiap perhubungan tiada salah faham berlaku. Pasti ada pahit manis serta naik turun yang perlu kami lalui bersama. Kami juga sama seperti pasangan lain.
“Kami banyak berbincang dan saling berkomunikasi. Kini semuanya semakin baik dan positif. Dalam hal ini, keluarga turut membantu,”
– Neelofa
Jernihkan Keadaan Kedua-Dua Belah Keluarga
Mengenai hubungan dua famili yang dikatakan dingin berikutan perkongsian ahli keluarga Neelofa dalam media sosial berhubung kontroversi tercetus seolah-olah ditujukan kepada pendakwah itu, Neelofa berkata:
“Alhamdulillah, hubungan keluarga dengan Harris baik. Dalam hal ini, kami berdua yang perlu bijak memainkan peranan.
“Ketika keadaan tegang, saya beri peluang kepada semua orang untuk bertenang terlebih dahulu.
“Kami selalu berkomunikasi mengenai jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak.
“Apabila semua orang sudah bertenang, barulah kami memainkan peranan. Kami terangkan situasi sebenar.
“Saya amat bersyukur kerana langkah yang diambil menjernihkan kembali keadaan. Sekiranya kami rapuh, tentulah keadaan tambah buruk,” katanya.
– Neelofa
Bakal Umum Tarikh Nikah
Ditanya mengenai tarikh pernikahan, Neelofa mengambil keputusan untuk tidak berkongsi dengan lanjut. Difahamkan, kedua belah keluarga telahpun mempunyai kata sepakat tetapi belum memilih tarikh yang sesuai ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan.
“Saya rasa untuk berkongsikan yang lebih serius, saya akan berkongsi nanti. Saya akan share dalam masa terdekat. Inshaallah. Tapi dalam masa keadaan membuatkan kita ada limitasi untuk dapatkan betul-betul kepastian.
“Saya juga ada hubungi beberapa pihak bertanyakan sesuai ke untuk adakan majlis. Di pihak kami pun 50/50 untuk kongsikan maklumat itu. Kita pun tak tahu PKP akan dilanjutkan lagi ke tak. Apapun kita akan ikut apa yang boleh atau sebaliknya.”
– Neelofa
Sementara itu, Neelofa turut memberi respon mengenai kec4man di alam maya yang tidak putus-putus mengenai keluarganya. Sehingga ada segelintir netizen mengelarkan mereka keluarga ‘Kardashian Kelantan’.
“Alhamdulillah, semuanya slowly selepas kami jelaskan dan berbincang. Semua benda ni makin baik, hubungan kami semua makin baik. Kita pun bagi time untuk tidak memaksa semua orang untuk terima. Saya bersyukur sangat-sangat.
I dengan kecaman ni dah 10 tahun dah. Tak bagi apa beza pun untu dia orang labelkan. Tak beri kesan apa. Saya sebagai orang yang lebih berpengalaman dalam dunia public figure ni, saya nasihatkan dia orang.”
Yela, masing-masing dah membesar, saya cuba yang terbaik. Orang pun cakap bukan-bukan di luar sana. Saya sebaik mungkin menjaga nama baik family.
– Neelofa
Aplikasi TheNoor Kini Boleh Dimuaturun
Mengenai aplikasi The Noor yang boleh dimuat naik mulai semalam, Neelofa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Luminous Sdn Bhd, berkata, pihaknya meletakkan sasaran sejuta pengguna.
Aplikasi yang diwujudkan hasil perkongsian tiga rakan kongsi itu dilengkapi pelbagai ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan.
Pelbagai ciri boleh ditemui pada aplikasi ini – ia termasuklah informasi waktu solat, pemberitahuan azan, petunjuk arah kiblat, carian untuk masjid terdekat, kemas kini cuaca, himpunan ayat al-Quran berserta terjemahan dan banyak lagi. Lebih menariknya, aplikasi ini turut dilengkapi sehingga 5 bahasa utama untuk terjemahan termasuk bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina, Tamil dan Indonesia.
Apa yang menariknya, terjemahan dalam bahasa Melayu dilakukan Neelofa.
“Niat saya, apabila meninggal dunia, terjemahan yang saya hasilkan itu dapat memberi manfaat kepada semua orang,”
– Neelofa
Seterusnya, penggunaan kombinasi warna yang terang dan menonjol pada beberapa tema yang tersedia – menjadikan antaramuka pada aplikasi ini kelihatan menyerlah. Seterusnya, membuatkannya kelihatan sedikit berbeza dengan daya tarikan yang tersendiri. Konsep yang diketengahkan juga kelihatan ringkas, ceria dan mesra pengguna yang mana sangat mudah untuk untuk difahami.
Aplikasi The Noor tersedia untuk peranti iOS dan Android. Ketersediaan adalah percuma tanpa sebarang iklan. Namun setakat artikel ini ditulis, ia sudah boleh dimuat-turun menerusi AppStore. Sementara itu, belum ditemui menerusi Google PlayStore. Tetapi, artikel ini akan dikemaskini semula selepas ia mula ditawarkan kepada umum kelak.