Neelofa berkata, sikap mereka wajar menjadi contoh kepada pasangan yang mengalami situasi sama.
“Tiada banyak yang saya mahu komen mengenai perceraian mereka. Tetapi apa yang boleh saya kongsi, saya kagum hubungan Sharnaaz dan Nabila kerana biarpun sudah bercerai, mereka sangat profesional.
“Kalau orang datang ke rumah tengok mereka, orang akan ingat mereka masih bersama. Memang tidak nampak hubungan mereka bermasalah,”
– Neelofa
Tambah Neelofa, dia sangat menghormati Sharnaaz apabila pelakon itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak saudaranya, Jebat Jayden dengan sangat baik biarpun tidak tinggal sebumbung.
“Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah meluangkan masa bersama anaknya, kadang-kadang sampai dua kali dalam sehari.
“Jujurnya saya sangat hormati Sharnaaz kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan sangat bagus.
“Itulah satu perkara positif yang orang ramai kena tahu. Saya harap orang di luar sana yang mengalami keadaan yang sama, dapat menjadikan mereka sebagai contoh. Mereka boleh buat, mengapa tidak orang lain,”
– Neelofa
Neelofa turut mendoakan yang terbaik buat Nabila dan Sharnaaz.
“Saya mendoakan Nabila dan Sharnaaz masing-masing dapat bertemu pasangan yang sesuai dan kekal sehingga akhir hayat,”
– Neelofa
Nabila dan Sharnaaz sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai lalu.
Pasangan itu berkahwin di Petaling Jaya, Selangor pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat yang bakal menginjak usia dua tahun, bulan depan.
Sumber: BH Online