Kempen #LiveYourStrength akan dilancarkan dengan 10,000 kit percubaan 7 hari percuma untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menempuhi hari dengan keyakinan kulit yang sempurna
10,000 kit percubaan 7-hari diberi secara percuma: KLIK DI SINI
Pada 7 Ogos yang lalu, Lancôme telah mengumumkan Neelofa sebagai Duta Rantau Asia Tenggara pertama, dalam langkah yang belum pernah diambil sebelum ini. Pemilihan Neelofa sebagai duta menjadikan beliau orang Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis ini di rantau Asia Tenggara.
Pelantikan pelakon, usahawan, dan pengacara TV ini menandakan tonggak penting dalam menghubungkan warisan joie de vivre ikonik Lancôme dalam lanskap kecantikan moden yang pelbagai dan sofistikated.
“Lancôme telah banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun ini. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita, dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah dan bermakna,”
“Saya merasa terharu dapat bekerjasama dengan Lancôme di bawah peranan baru ini, kerana saya percaya bahawa kisah, warisan, dan pengalaman bersama amatlah penting untuk wanita terutama pada masa-masa ini.
Saya berharap dapat berhubung bersama wanita serantau dan berkongsi perjalanan kebahagiaan dan cinta ini.”
– Neelofa
Kecantikan universal merangkumi kekuatan, kebebasan, dan kegagahan feminin. Dalam hal ini, Neelofa akan mewakili ketiga-tiga kategori; penjagaan kulit, peralatan solek, dan wangian di seluruh pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Thailand. Neelofa juga akan tampil dalam kempen Hari Raya yang pertama untuk Lancôme pada tahun 2021.
“Neelofa adalah lambang wanita Lancôme yang berkarisma. Kecantikan luarannya adalah cerminan kebahagiaan dalamannya.
Setelah lima tahun kami bekerja dengannya, kami merasa sangat bangga dapat meraikan kejayaan besar Neelofa setelah dinobatkan sebagai Duta Besar Asia Tenggara (SEA) pertama untuk Malaysia dan juga rantau ini,”
“Ini adalah usaha bersama antara jenama berusia 85 tahun, serum # 1 di Asia – Advanced Génifique … dengan seorang bintang terkemuka iaitu Neelofa. Di sini, ikon saling bertemu ikon,”
– Pengurus Jeneral Jenama Lancôme, Angeline Foo
Dalam melambangkan kewanitaan dan keanggunan moden, wanita-wanita Lancôme diteladani duta dan ikon antarabangsa terkenal seperti Kate Winslet, Julia Roberts, Penelope Cruz, Lily Collins, Zendaya, Amanda Seyfried, Lupita Nyong’o, dan Taylor Hill, yang memberi inspirasi kepada wanita melalui keyakinan, kebebasan, dan kekuatan dalaman mereka. Seiringan dengan itu, daya tarikan Neelofa yang menawan, kecerdikannya yang luar biasa, dan keanggunan abadinya melambang kan identiti dan nilai- nilai Lancôme dalam peranan beliau sebagai duta jenama yang terunggul Rantau Asia Tenggara.
Pelantikan Neelofa dibuat melalui pengumuman countdown Facebook di mana para influencer, rakan media, dan peminatnya, menyaksikan pelancaran kempen #LiveYourStrength, bertujuan untuk memperkasa wanita supaya tampil lebih kuat untuk lalui masa-masa yang mencabar ini.
Dengan fokus kepada rawatan diri semasa pandemik global yang telah mempengaruhi fizikal, mental, rohani, dan sosial, kempen ini mendorong wanita untuk melihat dalam diri masing-masing untuk mengenal pasti kekuatan dalaman mereka.
“Sepanjang saya bersama Lancôme, kesihatan kulit saya sendiri telah berubah menjadi lebih halus dan kuat – ini membuktikan keberkesanan serum Advanced Génifique, yang menyatakan bahawa kulit memang boleh bertambah baik seiring bertambahnya usia,”
“Kulit pulih lebih cepat dan kuat dengan hanya 1 botol Advanced Génifique, menjadikan saya lebih bebas untuk mencapai semua impian saya dan menjalani kehidupan dengan bahagia.”
– Neelofa
Senada meraikan pelantikan yang bersejarah ini, Lancôme akan melancarkan kempen #MYStrongerSkin untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar tampil dengan keyakinan di sebalik menghadapi normal baharu bersama.
Sehubungan itu, 10,000 kit percubaan 7-hari diberi secara percuma melalui laman web Lancôme bermula hari ini sehingga 31 Oktober. Kit yang disertakan dengan serum Advanced Génifique ini mendorong minda yang lebih kuat bersama dengan kulit yang lebih sihat, berseri dan awet muda.
Neelofa juga bakal tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021 yang merupakan kali pertama diperkenalkan.
MENGENAI NEELOFA
Noor Neelofa Mohd Noor, atau lebih dikenali sebagai Neelofa, adalah penerima gelaran Forbes Under 30 Asia pada tahun 2017 dan sebagai seorang yang tidak asing dalam dunia hiburan dan perniagaan, dia terus menempuh setiap halangan demi kejayaan. Sebagai usahawan, pelakon, dan pengacara TV yang berjaya, Neelofa berubah dari seorang ratu cantik remaja pada tahun 2010 ke tetamu khas barisan depan di minggu fesyen di Milan, Paris, New York, dan London. Sementara perniagaannya pula telah mendapat perhatian tempatan dan antarabangsa di bawah kepimpinannya.
Neelofa telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian melalui label fesyennya – Naelofar – yang merupakan salah satu jenama tudung terkemuka dan paling berjaya di Malaysia. Beliau juga merupakan seseorang yang fasih berbicara, lantas sering diundang untuk berucap di forum dan ceramah. Antaranya, di Sidang Kemuncak Forbes Asia 2017 di Manila, UNDP-MiSK 2017 di New York, dan Sidang Kemuncak Forbes 2017 di Boston. Usaha yang paling baru bagi individu berusia 31 tahun ini adalah menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa, sebuah dana amal bertujuan menolong orang-orang yang kurang bernasib baik, masyarakat, dan hal-hal kepercayaan. Beliau memiliki pengaruh yang kuat di media sosial dengan 7.5 juta pengikut di Instagram, 2.6 juta pengikut di Twitter dan 1.5 juta pengikut di Facebook.
MENGENAI ADVANCED GÉNIFUQUE
Sejak dilancarkan pada tahun 2009, Lancôme Advanced Génifique telah menjadi fenomena global, dengan lebih daripada 35 juta botol terjual di seluruh dunia. Ia telah menerima lebih dari 170 anugerah, 10,000 ulasan 5 bintang, dan 97% wanita yang menggunakannya akan mengesyorkannya kepada orang lain. Pada tahun 2019, ikon kecantikan ini diberi nafas baru melalui pelancaran Advanced Génifique yang baru. Kini dinaik taraf dengan kompleks unik 7 pecahan pra & probiotik, serum N ° 1 Advanced Génifique terbukti dapat menguatkan mikrobioma kulit. Ia terbukti dapat menguatkan mikrobioma kulit dan membantu kulit pulih hingga + 77% lebih cepat1 — bermula dari titisan pertama. Selepas hanya sebotol, kulit lebih berseri, lebih bermaya dan kelihatan lebih muda. Advanced Génifique mempelopori sains mikrobioma. Ini adalah solusi baru untuk kulit yang lebih bermaya, sihat dan anggun.