Selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen selepas menghadiahkan satu set seterika kepada kakaknya, Noor Nabila. Lebih mengejutkan, carian netizen mengenai harga seterika yang dihadiahkan usahawan itu mencecah RM13,000 seunit.
Ini kerana seorang pengguna @dylawok memuat naik sebuah tangkapan skrin daripada InstaStory milik Nabila yang mengucapkan terima kasih kepada Neelofa atas pemberian hadiah tersebut.
Menurut @dylawok, dia berminat selepas melihat set seterika itu sebelum melakukan pencarian harga di internet. Bagaimanapun, gadis itu terkejut apabila mengetahui harga barangan tersebut yang dianggarkan kira-kira RM12,900.
“Tengok Neelofa bagi kakak dia iron ni macam best. Gigih google nak beli jugak, sekali tengok harga dia mampu berhuhuhahahuhuuuuuu je lah,” tulisnya.
Posting berkenaan mendapat reaksi netizen apabila rata-rata mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika itu yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.
Entri berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk mempersoalkan ‘kecanggihan’ seterika tersebut yang dikatakan memiliki teknologi terkini selain mengambil kira faktor keselamatan.
“Iron (seterika) ni boleh gerak sendiri ke macam mana? Ada wifi ke?
“Bukan dia guna pun nanti, bibik dia yang guna,” komen netizen.
Pada September lalu, dalam perkongsian menerusi YouTubenya, Nabila memaklumkan akan berpindah ke kediaman baharu.
Pemberian seterika mahal tersebut dipercayai merupakan hadiah daripada Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor kepada Nabila untuk kediaman baharunya nanti.
Sementara itu minggu lalu, bekas pengacara MeleTOP itu turut menjadi bualan netizen apabila dikecam mewarnakan kuku jarinya dengan inai yang kelihatan berwarna hitam sekali gus dilabel berhati hitam.-