Baru-baru ini, menerusi IG Live peminat bertanyakan sama ada Kartini pernah pukul anak-anak atau tidak. Noor Kartini menjawab dia tidak pernah berbuat demikian.
Malah, Neelofa berkata dia juga tidak pernah melihat ibunya mengangkat tangan kepada anak-anak termasuk dirinya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata meskipun sibuk dengan perniagaan namun ibunya tidak pernah mengabaikan pelajaran anak-anak.
“Sepanjang ini, Neelofa tak pernah nampak mama pukul mana-mana anak. Dan saya pun tak pernah dipukul oleh mama walau macam mana situasi pun.
“Mama sangat menitikberatkan pelajaran. Bagi tuisyen, bagi perhatian, suruh buat homework, tanya perkembangan sekolah.
“Saya ingat lagi masa darjah tiga dan hari itu ada ujian. Sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah dalam kereta tu, mama suruh ikut (baca) zikir penerang hati. Baca banyak kali,”
– Neelofa
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Kartini ada berkongsikan menerima hadiah sejadah daripada Neelofa.
Neelofa berkata sejadah tersebut dibeli sewaktu pertama kali menunaikan umrah pada 2012 dan ibunya masih menggunakan sejadah berkenaan sehingga kini.
“Masa itu umur saya 23 tahun, pada tahun 2012. Saya pergi umrah untuk kali pertama. Masa itu berlakon drama tak banyak lagi.. Sejadah itu harga RM2500 dan sangat berat.
“Gigih nak bawa balik untuk mama saya hand carry (naik kapal terbang). Lagi berharga sebab masa itu saya tak ada duit, RM2500 rasa mahal sangat.
“Tapi saya fikir kalau bagi kat mama, nanti pahala mama sembahyang, dapat kat saya. Sampai ke hari ini, mama masih guna..masih ada dalam bilik tidur,”
– Neelofa