in

Neelofa Dilantik Menjadi Duta Avon Terbaru

NEELOFA, CINTA TERBARU AVON
Memperkenalkan wajah rangkaian mekap Avon Style

Budiey nak ucapkan tahniah kepada Neelofa kerana dah dilantik menjadi duta terbaru produk Avon. Syabas, beb!

Avon cukup teruja untuk mengalukan kedatangan ahli baru dalam keluarga jelitawannya, Neelofa sebagai wajah terbaru untuk Avon Style.

Menurut Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia, Aspalin Sirat, kehadiran Neelofa sebagai ikon baru Avon sungguh bertepatan. “Wanita hari ini mahukan ikon yang tidak sekadar cantik dipandang. Mereka mahu sesorang yang peramah namun sensual, bijak dan berani, dan paling utama, seseorang yang berperibadi tinggi dan percaya pada keupayaannya membentuk masa depan diri sendiri; Neelofa adalah wanita tersebut. Kami gembira untuk berkerjasama dengannya dan yakin bahawa para Wakil Avon dan pelanggan akan turut mencintainya.”

Neelofa
Si molek berusia 22 tahun ini bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanahair. Baru mengorak kerjaya dalam bidang lakonan tahun lepas, Neelofa telahpun berlakon dalam 4 filem dan pelbagai rancangan TV. Pemenang anugerah Dewi Remaja 2010 ini turut mencatat kecemerlangan akademik pabila mendapat keputusan A untuk semua matapelajaran ketika UPSR, PMR dan SPM. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej di Sunway.

Biarpun glamor dan ‘cool’ dengan dress berkilau dan kasut tumit tinggi, bakal ikon popular tanahair ini tampil teruja saat ditanya mengenai kerjaya barunya.

“Lofa memang teruja untuk berkerjasama dengan Avon. Avon menjadikan kejelitaan sesuatu yang boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja, pada masa yang sama membuka peluang kewangan untuk jutaan wanita seluruh dunia. Lofa bangga dapat bersama sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa dan penting sekali, sebuah syarikat yang begitu prihatin terhadap wanita.”

“Sejak kecil, Lofa kagum dengan jelitawan Avon seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz; mereka berjaya mengubah lanskap industri dan mencuri hati rakyat Malaysia dengan keupayaan mereka. Macam tak percaya, sekarang saya berada dalam jejak mereka, dan tampil cantik sentiasa melakukannya, bersama Avon setiap hari!” tawa Neelofa di set penggambaran UMR Rose Lipstick untuk penampilan pertamanya bersama Avon.

Neelofa bakal muncul sebagai wajah baru Avon Style di Risalah Kemuncak Avon bulan Februari, 2012. Beliau juga bakal tampil sebagai pelakon utama dam filem rekaan semula yang dinanti ramai, Filem Azura pada bulan Februari 2012 nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com

Neelofa

BIODATA NEELOFA
• Noor Neelofa Mohd Noor
• Dilahirkan pada 10 Februari 1989
• 22 tahun
• Tinggi : 158cm
• Berat: 47kg
• Berasal dari Pasir Mas, Kelantan
• Anak ketiga dari Sembilan adik beradik
• Keputusan semua A dalam UPSR, PMR & SPM
• Pemenang Dewi Remaja 2010
• Berjaya menghabiskan A Levels di Kolej Damansara Utama
• Sedang meneruskan pengajian dalam bidang PErdagangan Antarabangsa & Pemasaran
• Mempunyai perniagaan kasut sendiri di Facebook

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Princess Man Kisah Romeo & Juliet Versi Korea

Drama Ampunkan Dosaku Lakonan Sharifah Amani Zamarul Hisham