Api kontroversi mulai tercetus setelah satu artikel yang berjudul ANZALNA BIDAS NEELOFA – Aktres Baru Dakwa Pengusaha BellaVitta Pernah Menghiris Perasaan yang ditulis oleh wartawan bernama Zubir disiar pada hari Ahad lalu dan ditatap dan disebarkan oleh jutaan pembaca.
Ini dia keratan akhbar yang telah mencetus isu kontroversi antara Neelofa VS Anzalna
Kalau tak, memang isu Anzalna VS Neelofa taklah jadi trending isu panas minggu ini. Budiey dah pun membaca artikel ini, dan nampaknya ia boleh dianggap satu isu yang ‘berat’ dan sekaligus ia memberi impak yang sangat negatif kepada Neelofa.
Ya, trending isu panas minggu ini adalah milik Anzalna vs Neelofa dan korang akan membacanya, menontonnya di kaca TV untuk beberapa lama kerana ia akan menjadi isu yang mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan… itu pun jika Anzalna tidak tampil bersemuka face to face dengan Neelofa atau memohon maaf secara terbuka. Apa-apa pun kita tengok dan nanti perkembangan isu ini, apa yang berlaku nanti.
Pada hari ini, tanggal 13 Jun 2012, hari Rabu, Neelofa telah mengadakan satu sidang akhbar tergempar bertempat di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya untuk memperjelaskan tentang tindakan dan respon beliau tentang isu yang dicetuskan oleh Anzalna ini.
Pastinya berita ini akan mendapat liputan meluas dari penulis blog gossip seantero Malaysia dan tak ketinggalan media lain yang akan mengembar-gemburkan isu yang sama dengan ‘angle’ yang berbeza.
Ternyata benar, di sidang media tadi, Budiey lihat ramai sekali wartawan dan penulis blog yang hadir untuk mengetahui tindakan yang akan dibuat oleh Neelofa.
Ramai yang bertanyakan kepada Budiey tentang isu ini, macamana boleh berlaku dan apa yang dibangkitkan oleh Anzalna sehingga Neelofa mengadakan sidang media pada hari ini.
Kalau nak tahu, secara kasarnya Anzalna Nasir dikatakan telah memberi kenyataan di akhbar sisipan BPOP mengatakan Neelofa suka memburuk-burukkannya di laman sosial dan beberapa lagi tuduhan yang tidak berasas & tanpa bukti.
Ada banyak tuduhan dari Anzalna dalam akhbar tersebut, namun, Neelofa cuma mengambil berat 2 perkara yang besar di mana Anzalna perlu memberikan bukti & penjelasan.
Dalam kata lain, Anzalna perlu memberikan bukti-bukti yang sah di mana dapat menyokong kenyataannya dalam surat khabar yang lalu dalam masa 7 hari iaitu sehingga 19 Jun 2012. Menurut Neelofa, kenyataan Anzalna 100% adalah fitnah.
Di laman sosial tatkala ini, Budiey perhatikan ramai sekali yang memberikan pendapat tentang isu ini. Tambahan pula, respon-respon dilontarkan oleh para peminat dari kedua-dua belah pihak. Macam-macam dan yang kelakar, Budiey pun turut dimarah oleh penyokong Anzalna, seolah-olah Budiey berpihak kepada Neelofa. Untuk info, Budiey tak berpihak pada mana-mana pihak ya. Budiey sekadar melaporkan sahaja.
Kalau sebelum ni, ada gossip mengatakan Neelofa melatah dan tak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila, kali ini, Anzalna pula bingkas dengan beraninya membuat satu kenyataan yang pastinya mencemarkan nama dan reputasi Neelofa.
Neelofa yang kini sedang laris di pasaran di mana banyak sekali ‘job’ ada dalam genggaman, ternyata mahu membersihkan kembali namanya dengan mengambil tindakan undang-undang. Untuk permulaan, Neelofa telah pun menghantar surat guaman melalui dua orang peguam yang dilantik untuk Anzalna. Dalam masa 7 hari, Anzalna perlu tampil memberikan penjelasan dan menunjukkan bukti tentang dakwaan yang diberikan kepada akhbar BPOP. Jika tidak, Neelofa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Dakwa Anzalna, Neelofa menerusi akaun Facebook milik keluarga menghina dia dan keluarganya dengan perkataan yang tidak elok. Malah, Anzalna juga mendedahkan Neelofa mewujudkan satu akaun ‘Kami Benci Anzalna’. Paling serius, Anzalna mengakui turut menerima ugutan daripada Neelofa seandainya dia memenangi pertandingan Dewi Remaja.
Ekoran daripada laporan itu, Neelofa telah memberikan kenyataan balas menerusi akaun twitter miliknya. Jelas Neelofa, tindakan Anzalna itu adalah untuk menfitnah dirinya dan keluarga. Tambahnya lagi, dia tahu di mana kedudukannya dan untuk membuktikan kebenaran, dia akan mengambil tindakan selanjutnya dengan cara yang betul.
Dalam perkembangan yang sama, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) iaitu Zed Zaidi, dalam satu kenyataan berkata, pihak Seniman berkemungkinan akan mengambil tindakan disiplin terhadap Neelofa, Anzalna dan Tasha Shila jika pertelagahan mereka berpanjangan.
Jelas Zed, ketiga-tiga pelakon ini boleh disekat daripada menerima sebarang tawaran berlakon jika didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh persatuan itu.
Sekitar jam 4.30 petang, sidang media tergempar oleh Neelofa telah selesai. Budiey harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan aman. Industri kita kecik je, betul tak?
Yang pasti, isu ini akan membuatkan Anzalna menjadi bertambah popular di mana lebih ramai lagi orang yang mahu mengenali siapa itu Anzalna.
Rasanya, isu buruk memburuk, dengki mendengki dan dendam berdendam sesama artis ni taklah berlaku seteruk ini. Ia secara langsung akan memburukkan lagi industri hiburan Malaysia. Mungkin artis kita boleh mencontohi Siti Nurhaliza, orang caci ke, sumpah seranah ke, peduli apa, fitnah macam-macam tapi tetap cool. Tapi kalau fitnah yang melampau memang la tak boleh dibiarkan sangat.