Neelofa berkata dia sudah mula bekerja sejak bulan lalu namun mengakui menguruskan dua cahaya mata lebih mencabar.
“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
– Neelofa
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam. Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup,â€
Dalam pada itu, Neelofa berkata pada awalnya boleh menjaga anaknya sendiri meskipun ada bantuan pembantu, namun dia meminta suami untuk mengambil jururawat malam.
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,†katanya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah terkenal iaitu Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.