Teka-teki tentang selebriti terkenal Neelofa yang didakwa hamil anak kedua akhirnya terjawab selepas pelakon dan pengacara itu mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, mengiyakan dakwaan dirinya hamil anak kedua selepas berkongsi cabaran menunaikan ibadah umrah bersama keluarga baru-baru ini.
“Ya, half way to go (pertengahan jalan),” demikian kenyataan selebriti popular, Neelofa, 34, berhubung spekulasi sedang hamil anak kedua seperti dakwaan netizen.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mengiyakan pertanyaan kini sedang berbadan dua selepas berkongsi cabaran menunaikan umrah, baru-baru ini.
Bagaimanapun Noor Neelofa Mohd Noor, 34 berkata, kehamilannya kali ini tidak menunjukkan perbezaan ketara daripada sebelum ini.
Namun beliau memastikan akan mengambil makanan tambahan dan sayur-sayuran yang cukup untuk tenaga badan.
“Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat.
“Banyak orang mendoakan saya yang baik-baik. Banyak juga yang menghantar mesej langsung (DM), ucap yang baik-baik, jadi syukur Alhamdulillah.
“Iyalah, saya pun aktif pergi sana-sini, dengan anak kecil lagi. Ia bukan mudah, tetapi urusan saya dipermudahkan,”
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Warisan di Butik Naelofar di KL East Mall, di sini, pagi ini.
Mengulas mengenai jantina anak keduanya itu, Neelofa berkata, dia tidak kisah asalkan anaknya sihat, malah turut berkongsi kehamilan kali ini juga mudah seperti ketika mengandungkan anak pertama, Muhammad Bilal.
“Dari kehamilan anak pertama, saya tidak memilih, okay sahaja.
“Alhamdulillah, saya tak alami alahan teruk sejak anak pertama. Jika dibandingkan dengan kenalan saya, ada yang tidak boleh bangun daripada katil. Saya sangat bersyukur.
“Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat, tetapi semua baik-baik sahaja. Dari segi perubahan bentuk badan, perasaan, hormon dan banyak lagi.
“Tetapi, saya seperti wanita yang banyak kali hamil, sudah biasa dengan semua ini,” katanya.
Sementara itu, mengulas kelakuan Bilal yang bakal menerima adik, Neelofa bersyukur anaknya tidak banyak meragam.
“Kalau lihat tidak ada apa-apa adjustment sangat pun kali ini. Alhamdulillah tidak teruk cuma balik umrah baru-baru saya jet-lag lama sikit, ambil masa untuk kembali seperti biasa,” katanya lagi.
“Bilal okay sahaja sebab dia sudah besar dan makin kenal orang. Saya rasa ia hanya mitos bila orang kata anak pertama akan meragam bila nak dapat adik,” katanya.
Terdahulu, Neelofa menimbulkan spekulasi hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perut tular dalam laman sosial.
Video itu merakamkan Neelofa memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran Bilal.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung pada 29 Januari tahun lalu.