in , ,

Wah! Neelofa Akan Dedah Wajah Anak Sulungnya Bilal Tak Lama Lagi

Usia anak sulungnya kini sudah mencecah lapan bulan, selebriti popular Neelofa berkata dia terbuka untuk mendedahkan Muhammad Bilal kepada umum tidak lama lagi.

Memetik Media Hiburan, Neelofa berkata juga mahu anak kesayangannya itu membesar secara normal seperti mana kanak-kanak yang lain.

“Setakat ini Alhamdulillah Bilal membesar dengan baik. Sebagai ibu saya teruja untuk berkongsi yang dia sekarang sudah pandai merangkak.

“Ya saya sedar ada yang masih mempertikaikan mengenai wajah Bilal di media sosial, jadi bahan gurau dan sebagainya. Tapi saya percaya di dalam komen tersebut juga terselit doa kesejahteraan anak saya,”

– Neelofa

Dalam pada itu, Neelfa berkata dia tidak akan menghalang jika ada peminat mendekati untuk melihat wajah Bilal jika terserempak di tempat awam.

“Sebolehnya saya tak mahu sekat pembesaran dia, biarlah sama dengan kanak-kanak lain. Malah, tidak lama lagi saya dan suami akan bawa dia melancong buat pertama kali.

“Saya pun akui dia akan terdedah dengan persekitaran luar. Saya pun tak halang kalau ada sesiapa terserempak lalu tatap wajahnya. Cuma kebanyakannya faham dan menghormati privasi,”

– Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Timah Bercerita Tentang Crush Dalam Single Kedua Berjudul ELEH HE ELEH

Tentang Perbicaraan Kes Ustaz Ebit Lew, Saksi Mula Bongkar Perkara Ini