Produk alternatif berhenti merokok, NCIG kini semakin mengorak langkah apabila membuka cawangan N Store pertama di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, hari ini.
Pemilihan lokasi yang stratergik dan mudah diakses, N Store kini menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna peranti ini yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk berhenti merokok.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang atau lebih mesra dengan panggilan PakDin berkata: “ Pembukaan cawangan pertama ini sangat dinantikan oleh semua pengguna kami seramai 60,000 rakyat Malaysia yang sudah pun menggunakan alat peranti ini.
Â
“Kami juga dalam perancangan untuk membuka dua lagi cawangan baru iaitu di sekitar Kuala Lumpur. Pembukaan cawangan N Store adalah antara matlamat kami sejak pembangunan NCIG pada Februari tahun lalu.
“Kewujudan NStore ini adalah untuk menyenangkan pelbagai pihak dari agen, distributor dan pelanggan kami. Disini kami menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya pelanggan dapat rasa perisa ataupun peranti baru sebelum pembelian.
Â
“ Kami juga amat mementingkan kualiti supaya pengguna dapat merasai pengalaman sebelum dan selepas menggunakan NCIG,†katanya.
Menurut PakDin, pembukaan N Store turut membantu pengguna NCIG untuk memperoleh sebarang maklumat atau promosi selain tuntutan waranti yang sangat mudah tidaklah perlu menunggu selama lima hari bekerja.
“ Dengan adanya N Store ini kami dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa NCIG adalah sebuah jenama yang sangat diversiti dan ianya boleh menjadi salah satu peranti utama untuk berhenti merokok†katanya lagi.
Selain pembukaan cawangan pertamanya , NCIG turut melancarkan dua perisa baharu untuk mereka yang ingin berhenti merokok.