Pelancaran cawangan Setapak mendapat sambutan meriah dengan lebih 1,500 orang yang hadir, termasuk media massa, VVIP serta para selebriti seperti Fizi Ali, Ameer Forteen dan Iswan Ismail, Sharnaz, dan Fad bocey.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran NPOD perisa terbaru “Roast Coffee†yang menyertai siri NPOD sebelum ini iaitu Fine Tobacco, Lush Manggo, Red Vanilla, Cool mint, Buttery Toffee dan juga Grape Noir.Â
Dalam ucapan pelancarannya, Ketua Pegawai Eksekutif NCIG, En. Shariffuddin Bujang berkata pembukaan cawangan terbaru di Setapak memang sangat dinanti-nantikan dan NCIG menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan lagi untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
“Tahun ini, kami bakal membuka tiga lagi buah cawangan baru di Lembah Kelang, Pantai Timur, dan Wilayah Selatan, untuk kemudahan agen, pengedar dan pelanggan kami.â€
Tambahnya lagi, N Store juga mewujudkan permintaan baru untuk khidmat pelanggan dan tuntutan waranti yang sangat mudah kerana tidak perlu menunggu selama 5 hari bekerja seperti kebiasaannya.Â
Bersempena dengan bulan kemerdekaan, NCIG turut melancarkan pakej “Special Edition†terhad bernilai RM300 dengan harga promosi RM180, khusus sebagai hadiah untuk orang tersayang yang ketagihan rokok.
“Sudah 62 tahun kita merdeka akan tetapi diri kita masih tidak bebas dari asap rokok, maka inilah masa yang sesuai untuk kita bantu orang-orang yag paling kita sayangi,†ujar En. Shariffuddin.
Di majlis yang sama, beliau turut melancarkan laman web kempen #Not4Kids yang dibangunkan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk penjualan produk yang tidak boleh dijual kepada golongan bawah umur seperti rokok, arak, dan juga rokok elektronik
Orang ramai diseru memberi sokongan kepada kempen ini dengan melawat laman web www.not4kids.org dan menandatangani petisyen atas talian.