in

NAZREY KAWIN LAGI?

Selebriti berimej bersih atau tidak sama sahaja. Nama pun dah selebriti, apa sahaja yang dibuat menjadi bahan perhatian orang. Hatta melibatkan urusan peribadi sekali pun. Realiti yang berlaku, apabila Nazrey Johani, bekas vokalis kumpulan nasyid Raihan khabarnya bernikah lagi buat kali ketiga.

Menyorot kembali kisah, beberapa tahun lalu, perkahwinan pertama yang dirahsikan Nazrey telah musnah. Namun, Nazrey menafikan bahawa dia berkahwin kali ketiga dan itu hanyalah khabar angin semata-mata dan menganggap sebagai spekulasi pihak yang tidak puas hati dengannya.

Budiey memuji sikap profesional penyanyi nasyid dan penceramah bebas ini. Sebagai artis, sudah tentu Nazrey mahu mengelak prasangka buruk dari mata orang ramai. Sebab itu yang buat namanya akan tercemar dan menjatuhkan maruahnya.Perkara negatif sebegini sedikit sebanyak memberi tempias buruk kepada karier dan familinya.

Kalau ada jodoh, apa salahnya kan? Bukankah Tuhan mengizinkan dan membenarkan orang lelaki berkahwin sampai empat isteri? Itu pun selagi kita ada kemampuan dari segi zahir dan batin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SASHA ISTERI KE-3?

Betul Ke Ajai & Liza Tak Jadi Kahwin?