Mister Potato membuktikan rasa cinta kepada bola sepak Malaysia dengan menaja bintang-bintang kebangsaan.
Biasanya, peminat bola juga suka menikmati snek. Maka, atas dasar itulah Mister Potato, jenama terkenal dalam kategori snek telah sama-sama menanam ikrar untuk memberi sokongan padu dalam arena bola sepak tempatan. Bagi mengukuhkan ikatan ini selain dengan peminat Mister Potato sendiri, kami telah menaja tiga orang bintang negara iaitu Nazmi Faiz, Safee Sali dan Khairul Fahmi.
Safe Sali merupakan wira Piala AFF Suzuki 2010 manakala Khairul Fahmi pula menjadi tonggak utama negara sewaktu Sukan Sea 2011 di Indonesia. Nazmi, pemain tengah yang masih muda ini adalah wira harapan generasi baru. Ketiga-tiga mereka dipaparkan dengan megahnya pada pek Mister Potato. “Mister Potato ialah jenama tempatan yang menarik dan menyeronokkan. Memang ini satu kerjasama mantap dengan bola sepak negara yang memiliki nilai serupa. Kami berbangga ditaja oleh Mister Potato!” kata Nazmi Faiz, pemain muda berbakat ini.
Pengumuman penajaan ini bakal dilangsungkan dalam satu majlis khas pada 16 Mei 2012 di Hypermarket Giant, Stadium Shah Alam. Selepas pengumuman ini, Safee Sali, Khairul Fahmi dan Nazmi Faiz akan bergambar bersama peminat yang berpeluang bertemu mereka pada sesi beramah-mesra dengan sebarang pembelian produk Mister Potato.
Bagi mengukuhkan semangat cintakan bola sepak tempatan, Pierre Pang, Timbalan Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran menyebut, “Mister Potato berbangga manjadi penaja Manchester United, kelab bola sepak terkemuka dunia. Tapi kami juga adalah satu jenama tempatan yang sama-sama berkongsi semangat kental untuk sukan kegemaran rakyat Malaysia ini. Jenama Mamee kami juga menaja pasukan Kelantan FA. Kini dengan penajaan tiga pemain kebangsaan, kami berharap untuk menjadi jenama yang tersemat di hati dan minda peminat bola sepak serta peminat Mister Potato khasnya di seluruh tanahair.”
Khairul Fahmi aka Apeks
Tentang Mister Potato
Mister Potato, satu jenama terkemuka dan juga salah satu snek kentang terulung di Malaysia. Jenama ini adalah sebahagian daripada konglomerat Mamee-Double Decker. Pada Julai 2011, Mister Potato telah menjadi Rakan Snek Global Rasmi Manchester United. Mister Potato berjaya menyumbangkan 30 peratus kepada perniagaan Mamee-Double Decker dan berjaya menawan 14 peratus daripada nilai pasaran kategori snek dan semakin berkembang saban hari.
Rahsia kejayaan Mister Potato bergantung kepada banyak faktor. Menurut Datuk Pang, CEO Mamee-Double Decker, antara lain sebabnya adalah komitmen 20 tahun mereka dalam pembinaan jenama serta jaminan kualiti. Bagi menjamin kualitinya setaraf dengan standard global, jenama ini menggunakan kentang bergred tinggi yang dipilih khusus daripada kentang jenis Atlanta, Dakota Pearl dan Hermes. Datuk Pang juga menyatakan bahawa prinsip ‘Tiada Kompromi’ mereka memastikan produk Mister Potato mempunyai kadar gula yang rendah dan kandungan kering yang tinggi. Warna, rasa, saiz dan tekstur yang ideal juga adalah ciri-ciri yang perlu diikuti. Selain kualiti, Mister Potato juga cuba menaikkan lagi status mereka dengan berpegang kepada polisi bebas trans lemak kerana setiap hirisan kentang mereka dimasak dengan minyak sayuran.
Hubungan mesra dengan pengguna menjadi salah satu matlamat utama mereka kerana faktor ini menjadikan Mister Potato lebih sekadar produk yang berkualiti. Inilah sebabnya Mister Potato sering membawakan pengalaman hebat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bermula daripada lawatan istimewa ke Old Trafford sehingga ke pertemuan peribadi dengan wira bola sepak terkenal, peminat sentiasa dibawa dekat dengan sukan kegemaran ramai ini. Mister Potato boleh didapati di lebih 90 negara seluruh dunia kerana kualiti mereka yang sentiasa memenuhi standard global. Terkenal sebagai jenama yang menyeronokkan dengan maskot Mister Potato dan Amigo yang riang dan nakal, semua peminat bakal dihidangkan dengan lebih daripada sekadar kerangupan snek kentang di masa hadapan.
Tentang Pemain Harimau Muda
Mohd Safee Sali adalah pemain kebangsaan yang juga pemain penyerang pasukan Pelita Jaya FC di Indonesia. Khairul Fahmi Che Mat pula adalah penjaga gol negara yang pada ketika ini bermain dengan Kelantan FA dalam Liga Super Malaysia selain seorang pemain kebangsaan. Muhammad Nazmi Faiz Mansor adalah pemain tengah skuad Harimau Muda A yang kini bermain dalam liga Singapura selain membuat persiapan bagi kelayakan Piala Asia akan datang.