Teka-teki siapakah cinta sebenar pelakon kacak Nazim Othman yang menjadi dambaan ramai gadis di luar sana akhirnya terjawab. Dalam majlis pelancaran di premis Himalaya KLCC hari ini, Nazim Othman menerangkan bagaimana penggunaan Nourishing Skin Cream Himalaya yang mengandungi 100% khasiat herba dengan manfaat 3-dalam-1 iaitu melembap, menyegar dan melindungi telah membantu menambah seri kulitnya.
Sewaktu pelancaran filem web #HCintax3 terbitan Himalaya bagi permulaan kempen Nourishing Skin Cream seluruh negara, Nazim menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Himalaya adalah kerana kandungan bahan semujadi dan herba dalam produk tersebut mencerminkan peribadi dan matlamat beliau untuk menjalani gaya hidup sihat. Dengan tekstur bebas minyak, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk jatuh cinta dengan Nourishing Skin Cream setelah mencubanya oleh kerana cirinya yang melembap, menyegar dan melindungi serta sesuai dengan rutin hariannya sebagai artis yang sentiasa ‘on-the-go’.
“Saya sering mengalami masalah kulit kering sewaktu melancong dalam dan luar negara, tidak kira pada waktu bekerja atau bercuti, tetapi keadaan menjadi lebih teruk apabila terdedah dengan cahaya lampu tinggi terutamanya ketika di set penggambaran. Kini, saya sentiasa membawa krim ajaib ini ke mana sahaja bagi mengekalkan kelembapan kulit saya sepanjang hari.”
Dalam majlis berkenaan, Nazim turut memperkenalkan gadis cantik yang dikenali sebagai Nedlyn Nazlan yang bersama-sama menjayakan filem web #HCintax3. Filem berkonsepkan ‘aviation’ itu menceritakan tentang kisah cinta romantik antara Nazim sebagai juruterbang, dan Nedlyn dalam mencari dan menemukan semula cinta mereka oleh Nourishing Skin Cream.
Menurut Denise Yan, Pengurus Besar Pemasaran Embun Elit berkata,
“#HCintax3 pada krim pelembap itu membawa maksud ‘melembap, menyegar dan melindungi’, sinonim dengan kasih yang perlu dipupuk antara orang tersayang. Ia juga menjadi symbol kepada cinta sejati Kapten N dan Cik N dan menunjukkan kepentingan Nourishing Skin Cream dalam memastikan kelembapan kulit anda sepanjang hari.”
“Kami juga berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Nazim Othman kerana ini merupakan kali pertama Himalaya menggunakan selebriti tanah air sebagai wajah kepada kempen kami. Selain itu, Nazim juga mewakili ikon-ikon generasi baru Malaysia yang kini sedar akan kepentingan gaya hidup sihat dan usahasama ini penting bagi Himalaya sebagai sebuah jenama produk kesihatan. Tambahan, kami memerlukan seseorang yang serius dalam menjalankan tanggungjawab mereka,” tambah Denise.
Seiring dengan pelancaran produk Nourishing Skin Cream Himalaya #HCintax3, peminat berpeluang untuk makan malam bersama Nazim Othman dengan menyertai pertandingan digital mulai sekarang sehingga Oktober 2015. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan digital tersebut, sila layari http://himalayacintax3.com
Atas permintaan ramai, Nazim juga akan membuat beberapa kemunculan di pusat beli-belah tertentu seluruh negara bagi ‘Sesi Bertemu Peminat’ dan orang ramai juga berpeluang untuk bersama dengan lebih dekat bersama idola mereka. Sesi yang dijadualkan adalah seperti berikut;
1. Watsons Kota Bharu Mall dari 12pm – 2pm pada Sabtu, 19 September 2015
2. Watsons Alamanda, Putrajaya dari 11am – 1pm pada Sabtu, 26 September 2015
3. Mid Valley Concourse (North Void, Ground Floor) dari 4pm – 6pm pada Sabtu, 26 September 2015
4. Watsons Angsana Mall, Johor dari 3pm – 5pm pada Jumaat, 2 Oktober 2015
5. Minum petang dan makan malam pada Sabtu, 7 November 2015
Sudah tiba masanya untuk semua orang memiliki kulit yang halus dan lembut secara semulajadi, jadi segera ke butik Himalaya atau mana-mana farmasi berdaftar berhampiran untuk merasai keajaiban krim pelembap ini yang datang dua saiz berbeza, botol 50g yang berharga RM17.00 (tidak termasuk GST) manakala botol 150g yang berharga RM31.00 (tidak termasuk GST) sebelum promosi.
Himalaya Wellness merupakan peneraju beriktiraf dunia pertama yang mengaplikasikan penggunaan sains moden dalam memajukan produk herba mereka sebagai legasi penyelidikan alam semulajadi. Himalaya berpegang teguh kepada amalan penyelidikan dan penambahbaikan secara moden dan mesra alam dapat menemui dan membuktikan rahsia Ayurveda. Sehingga kini, lebih 300,000 orang doktor seluruh dunia mengesyorkan penggunaan produk ini, dengan pengguna di lebih 80 buah negara yang terus menggunakan Himalaya demi keperluan kesihatan dan penjagaan peribadi mereka.
Produk Himalaya Wellness boleh didapati di Mid Valley Megamall, One Utama Shopping Mall, Suria KLCC Shopping Centre, Sunway Pyramid, The Mines, Aeon Tebrau City Shopping Centre, City Square JB, Gurney Plaza Penang, IOI Mall, Empire Shopping Gallery, Queensbay Mall Penang, Wangsa Walk, Ipoh Parade, Jusco Maluri, Aeon Bandaraya Melaka, Setia City Mall, The Spring Shopping Center Sarawak, Wisma Merdeka Kota Kinabalu, East Coast Mall, Palm Mall Seremban, Subang Parade, D’pulze, Cyberjaya, IOI City, Putrajaya, Festival City Mall Setapak, Gamuda Walk, Kota Kemuning, Sunway Putra Mall, KL, Atria Damansara dan semua farmasi berdaftar seluruh negara.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Himalaya di +03-7956 7012 atau layari laman Facebook di www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia untuk maklumat lanjut.