in , , ,

Nazim Othman & Bella Dally Merancang Hari Bahagia 2016

Sempat bertemu dan berbual dengan pasangan pelakon Nazim Othman & Bella Daly atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally di karpet merah yang ringkas terhampar di Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 pada hari Sabtu lalu. Sweetnya pasangan ini pakai baju sedondon berkemilau. Nazim selesa dengan suit kemilau ngelip-ngelip rekaan Rizman Ruzaini manakala Bella menggayakan busana dari Mimpi Kita.

Tak nak cerita lebih-lebih, korang boleh tonton video fesyen Nazim Othman & Bella Daly di DFKL 2016 di saluran Youtube Budiey.com: www.youtube.com/budiey27 

Jangan lupa untuk subscribe!

Khabarnya, pasangan ini akan bernikah pada tahun ini. Namun, apabila Budiey tanya, perancangan mereka masih lagi ke arah itu. Cuma apabila ditanya tarikh langsung pernikahan itu, mereka tidak dapat memastikannya lagi.

Menurut Nazim lagi, tarikh majlis pernikahan akan diumumkan setelah mereka berdua selesai membuat segala persiapan. Nazim juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peminat di atas segala doa yang baik.

Apa-apa kita tunggu sahaja pengumuman rasmi dan pasangan yang sudah bertunang ini.

Nazim Othman sebelum ini mendedahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan Bella Dally pada 14 November 2015 lalu.

Majlis pertunangan tersebut berlangsung secara sederhana di kediaman wanita tersebut di Kota Kinabalu, Sabah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUMA Brings Sport Style to the Next Level

Drama Bersiri CINTAPUCCINO Satukan Cinta Ayda Jebat & Dafi